“Mak tumpang orang datang konvo” Anak Penebar Roti Canai Terima Anugerah Diraja

Ibu bapa pastinya menjadi orang yang pertama gembira dengan kejayaan anak-anak, tak kira lah dari segi apa pun.

Lebih-lebih lagi, sekiranya anak yang dibesarkan dengan penuh kepayahan itu mampu memahami jerit-perih ibu bapa mencari rezeki dan menghadiahkan sesuatu yang membanggakan.

Menerusi laporan daripada Berita Harian semalam, seorang graduan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen universiti itu.

Siti Madihah Situah, 24 bukan sahaja menerima anugerah tertinggi tersebut malahan turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

Anak kepada penebar roti canai ini berkata, kemiskinan yang dihadapi oleh mereka sekeluarga langsung tidak mematahkannya untuk terus berusaha. Kehidupan yang kurang berada itu telah menjadi pendorong untuknya terus belajar bersungguh-sungguh.

Tambah gadis itu lagi, semasa belajar, dia melakukan beberapa kerja sambilan seperti memjual nasi bungkus di hadapan asrama demi membantu menambah duit poket agar tidak membebankan ibu bapa.

“Ketika belajar, saya turut membuat beberapa pekerjaan sambilan, antaranya berniaga nasi bungkus dan air mineral di balkoni asrama, kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa sepanjang pengajian,” katanya.

Namun begitu, dia sedikit ralat kerana hanya ibu dan adik yang hadir ke majlis konvokesyennya kerana bapa berada dalam keadaan kurang sihat.

“Ibu dan adik menumpang kereta bapa saudara dari Tanjung Karang, Selangor untuk meraikan konvokesyen pada hari ini.”

Kejayaan yang dikecapai oleh Madihah sememangnya sangat mengharukan kerana usaha gigihnya membalas jasa ibu dan ayah ternyata berhasil.

Diharapkan perkongsian kejayaan kisah Siti Madihah Situah ini menjadi inspirasi buat semua pelajar di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.