Makan 30 Orang, Peniaga Terharu ‘Pelanggan Dari Syurga’ Kemas Pinggan Cawan Sendiri Walau Tak Diminta

Jika pergi ke kedai makan, pernah tak kita lihat meja yang kotor dan tidak terurus, air yang tumpah, makanan yang berselerakkan dan ada juga sisa makanan yang sampai jatuh ke lantai? Itu belum termasuk pelanggan yang ada anak lagi, ada segelintir yang membiarkan sahaja anaknya membuat sepah sehingga makanan berselerakkan dan air manis tumpah.
Iospital phone repair gombak
Perkara itu sendiri dapat mencerminkan siapa diri kita sebenarnya bahkan ianya sangat menambah ‘kerja’ pekerja yang bekerja di restoran itu.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat sebuah keluarga yang terdiri daripada 30 orang ahli menyentuh hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan peniaga iaitu @salazaandsons, kelihatan sebuah keluarga besar yang telah berkunjung ke kedainya menyusun sendiri sisa makanan dan pinggan mangkuk serta cawan dan gelas dengan kemas dan bersih.


Perkara itu membuatkannya terharu kerana kebiasaannya pelanggan akan meninggalkan tempat makan dengan tidak mengemas sampai sebersih dan sekemas itu.

“Customer dari syurga ni. Family 30 orang. Semua dia kemaskan sendiri. Terima kasih kerana memudahkan dan memahami urusan pekerja Salaza”, tulis peniaga tersebut

Manakan tidak, ianya lebih memudahkan urusan pelayan untuk mengambil dan mengemas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap keluarga tersebut yang memudahkan urusan orang lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengakui ia sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai selepas selesai makan di restoran.

Antara komen warga maya:

“Konsep dia mudah, kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita”

“Saya memang buat macam ni bila makan kat kedai.. anak2 pon dah terbiasa.. nak balik kerusi pon siap tolong susun.. hasil didikan ibu saya.. tq ibu..”

“Memang rasa serba salah kalau lepas makan kat kedai nak biar je bersepah.. mesti nak kemaskan”


Video yang tular di laman TikTok:

@salazaandsons Thank you. Kami hargai sangat sangat. #fyp #fypage #foryoupage #foryou #for #food #foodiee #family #customerdarisyurga #salazaandsons #salazabistro #terengganu #love #loveyou ♬ original sound – salaza&sons