Makan Nasi Gulai Berlaukkan ‘Muffin’ Coklat, Rupa-Rupanya Ramai Ada Tabiat Gabung Hidangan Aneh!

Dah biasa makan nasi putih mesti ada lauk, kalau tak ada tak sah lalu nak makan!

Iospital phone repair gombak

Oleh itu, ada yang menjamu selera dengan sampingan keropok, telur, sosej dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, lain macam selera seorang lelaki ini yang menjamah makanannya bersama dengan ‘muffin’ coklat sehingga tular di laman platform TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iikmaaal_ itu, kelihatan rakannya itu sedang asyik menjamu selera nasi yang sudah digaul bersama kuah gulai lalu dicampur pula dengan muffin coklat tersebut.

Walaupun muffin coklat dan hidangan nasi merupakan gabungan yang aneh untuk kebanyakan individu, tetapi bagi lelaki itu gabungan hidangan tersebut begitu menyelerakan!

Difahamkan, situasi berkenaan menyebabkan rakan-rakannya yang lain yang makan bersamanya turut buntu dan berasa aneh melihat tindakannya itu yang selamba sahaja memakan gabungan hidangan tersebut.

Ada pula yang menyatakan ‘lebih mengidam dari ibu mengandung ni’.

“Tolong la terangkan…”, kata rakannya yang dikenali sebagai Ikmal itu di ruangan kapsyen video yang tular tersebut.

Bagaimanapun apa yang lebih menarik adalah apabila hidangan nasi berlaukkan kek coklat itu digabungkan pula dengan ulam-ulaman hijau seperti kacang botol.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya mendapat perhatian ramai dengan meraih sebanyak 4.6M tontonan, 370.1K tanda suka, dan 20.1K komen di laman platform sosial berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet berasa terhibur melihat selera lelaki tersebut malah ada juga yang berkongsikan gabungan hidangan lain yang aneh pernah dilakukan oleh mereka.

Antara komen netizen:

“kawan kawan aku pun gini bang . karipap cicah kopi . biskut cicah sos . keropok ikan cicah kuah meggie . 🥹”

“Klau aku la… klau tkde lauk, aku mkn dengan potato chips 😆”

“cuba try makan goreng pisang dengan mee hoon sup daging pehh padu matt ☺️”

“itu brownies bukan rendang bang 😂”

“gw juga punya temen makan nasi pake lauk oreo😭😭😭”

Video TikTok yang tular:

@iikmaaal_tolong la explain ;))

♬ kucing mampus – Kxcingg