“Malu sampai ke tulang” Abang Sado Baru Nak Tunjuk Kuat, Tak Sangka Terkeluar ‘Bunyi Kuat’ Bikin Dekah

Untuk mendapatkan badan yang ‘cantik’, kita bukan sahaja perlu makan makanan yang sihat malah work out juga perlu dilakukan demi mendapat bentuk badan yang diimpikan.

Ada yang cuma workout di rumah sahaja malah ada juga yang pergi ke Gim kerana disana mempunyai peralata yang cukup bahkan di Gim juga mempunyai ‘coach’ yang akan membantu kita.

Bagi mereka yang mempunyai badan ‘ketak-ketak’, sudah pasti ini masanya untuk menunjukkan kehebatan pada wanita yang menghadiri gim ketika itu namun lain pula ceritanya dengan ‘Abang Sado’ ini dimana suasana sepi di Pusat Bersenam itu bertukar menjadi peristiwa yang mengaibkannya.

Menerusi perkongsian YOY, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ztmbl31, Kelihatan seorang lelaki cuba mengangkat 4 set bumper plate di tengah-tengah gim.

Dapat juga kita lihat, beberapa orang wanita cantik berada di sekitarnya sempat memerhatikan cubaan lelaki tersebut.

Namun tidak disangka-sangka, ketika lelaki itu mengerah tenaganya untuk mengankat besi tersebut, diadengan tidak sengaja tiba-tiba terkentut kuat sehingga bergema satu gim tersebut.

Dek kerana malu akan kejadian tersebut, dia membatalkan niatnya untuk bersenam malah dalam masa yang sama kedengaran juga bunyi orang berdekah ketawa ekoran peristiwa itu.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@ztmbl31 malunya smpe ke tulang”🤣#fyp #viral #TumbuhPenuhRasa ♬ I’m Addicted To – SUBAG GOO

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 11.4M tontonan, 1.1M tanda suka, 16.6 komen dan 22.4K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut yang selamba mengeluarkan ‘gas’ sewaktu mengangkat besi di gim.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga berseloroh meminta lelaki tersebut untuk berpindah planet oleh kerana tidak mampu menanggung malu.

Berikut merupakan komen warga maya:

“ketawa sampai kena rasuk”

“dah la ada awek dekat tepi tu”

“aduii buat hal la bangg dah la ada awek kart belakang.. baru nak tunjuk machoo”

“pindah gym aja dari pada menanggung malu”