“Malunyaaaa..” Ingatkan Ada Roadblock Rupanya Abang Bomba, Gelagat Wanita Berhenti Ini Undang Dekah Ramai!

Tidak dinafikan, setiap kali terserempak dengan sekatan jalan raya, pasti kita akan terus berasa cuak dan bimbang disaman atas kesalahan lalu lintas walaupun kita tidak melakukan sebarang kesalahan yang berkaitan.
Iospital phone repair gombak
Terkadang, walaupun kita sudah yakin segala dokumen yang lengkap seperti mempunyai lesen, cukai jalan dan sebagainya namun entah mengapa, jantung tetap berdegup laju apabila berdepan dengan situasi berkenaan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang menunggang motorsikal dilihat berhenti di tepi kerana menyangka terdapat sekatan jalan raya telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zainy_hazmat01, dapat kita lihat wanita berkenaan telah memberhentikan motosikalnya di tepi jalan kerana menyangka sekumpulan ‘abang bomba’ sedang melakukan sekatan jalan raya.

Apa yang lebih melucukan adalah, gelagat wanita itu membuatkan orang sekeliling tertawa kerana rupanya dia telah tersalah sangka.

Dek kerana malu dengan kejadian tersebut, wanita berkenaan dengan segera memecut laju motosikalnya meninggalkan tempat itu.


Kalau dilihat pada riak wajah dah telatahnya, mungkin dia dalam keadaan tergesa-gesa dan gementar sehingga tidak dapat bezakan JPJ dan bomba.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terhibur melihat wanita itu yang selamba berhenti kerana menyangka ada sekatan jalan raya.

“First time dengar bomba buat roadblock” -Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan bagaimana dia boleh terfikir bomba akan membuat sekatan jalan raya..

Antara komen warga maya:

“Nampak polis patah balik, nampak abam bomba auto nyerah”

“Macam mana dia boleh terfikir bomba buat roadblock.. hahaha bomba nak check apa je.. motor tak ada pemadam api?”

“Bomba kalau buat roadblock kita kene keluarkan apa weyy, lipas ke?”


Video yang tular di laman TikTok:

@zainy_hazmat01 tudia….merata ronda aihh video ni haha. #fireman👨‍🚒 #fyp #abangbombailove ♬ original sound – zainyhazmat01