“Mama sakit..abah wat..” Anak 2 Tahun Jadi Mangsa S*ks Ayah, Kantoi Bila Ibu Buka Seluar Anak

Penderan s*ksual terhadap kanak-kanak seperti sudah menjadi perkara biasa di negara ini. Sering kita dengar anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa diganggu oleh bapa mereka sendiri.

Gangguan s*ksual bukan sahaja akan menjadi punca kepada gangguan mental anak, malah akan mengakibatkan trauma apabila mereka dewasa nanti. Anak-anak kemudiannya akan berasa takut lalu menjauhkan diri daripada mana-mana lelaki.

Baru-baru ini seorang aktivis kebajikan dan masyarakat, Natipah Abu telah berkongsikan sebuah kisah mengenai isteri dan anak perempuan yang telah menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.

Tragedi hitam yang melibatkan anak kandung wanita bernama Eida yang diceritakan semula Natipah di Facebook jelas mendapat perhatian orang ramai.

Menurut hantaran tersebut, Eida menceritakan bagaimana anak perempuannya telah menjadi mangsa c*bul oleh suaminya sendiri yang merupakan bapa kandung kanak-kanak tersebut.

Pertengkaran tercetus antara Eida dan suami lalu suaminya meminta izin untuk membawa anak mereka ke rumah ibu si suami. Namun, pulangnya mereka dari situ, anaknya meluru mendakap Eida sambil menangis teresak-esak.

Anaknya turut mengadu mulutnya sakit sambil menunjukkan mulutnya. Eida sempat bertanya apa yang dimaksudkan oleh anaknya itu, lalu anaknya terus memegang alat kemaluan Eida seperti mencari sesuatu.

Rasa gelisah, Eida terus membawa anaknya ke dalam bilik air namun apabila mahu membuka seluar, anaknya tiba-tiba menangis.

“Mama jangan, pedih! sakit.. abah wat.. abah pegang pet-pet, pungkoq..”

Dan yang lebih menyedihkan, Eida dapati kemaluan anaknya merah dan berada dalam keadaan yang ‘lain’ ketika ingin memakaikan pampers untuk anaknya yang berusia 2 tahun itu.

Malah, anaknya telah menunjukkan sendiri aksi yang diperlakukan terhadapnya kepada Eida.

“Adik diri, abah duduk macam ni macam ni.. Abah boh ubat mulut ni..”

Akibat hilang sabar dengan kelakuan keji si suami, Eida memutuskan untuk membawa anaknya ke hospital dan kini sedang dalam proses menuntut keadilan buat anaknya.

Rentetan kisah ini, Natipah meminta orang ramai sama-sama mendoakan keluarga ini dan ambil iktibar daripada kejadian yang berlaku.

Hantaran yang tular di laman Facebook:

ANAK PEREMPUAN SAYA MENJADI MANGSA C*BUL BAPA KANDUNG SENDIRI..

Maafkan saya..Hal ini amatlah perit dan terlalu berat untuk saya pendam dan saya terlalu menderita dek perbuatan seorang suami yang tidak tahu erti perikemanusian.
Sepak terajang dalam usia perkahwinan yang masih mentah, sanggup saya telan walau perit sekalipun, tapi bila anak saya disentuh .. kesabaran saya pun hilang.

Maruah anak perempuan bukan utk dinodai dan dipermainkan MACAM ANAK PATUNG oleh manusia yang sepatutnya menjadi pelindung kepadanya.
Saya membuat keputusan utk korbankan perkahwinan saya demi MARUAH & KEHORMATAN anak perempuan saya.

Imbas kembali .. suatu hari saya dan suami bergaduh bila dia meminta izin utk membawa anak kami ke rumah ibunya.

Sebaik pulang dr rumah mertua, anak terus memeluk erat saya dalam keadaan teresak-esak memberitahu mulutnya sakit sambil menunjukkan mulutnya..

Anak : mama akit mulut
Saya : napa sakit?
Anak : abah boh ubat
Saya : abah boh ubat apa?
Anak : boh ubat ni …

Sambil memegang kemaluan saya seperti mencari sesuatu dan dia tanya,

“ mama mana ubat cam abah?
Saya : ubat apa nak ?
Anak : ada ubat abah sini ..

Sambil meraba mencari ubat yg dimaksudkan … Terasa kelam dunia saya. Hampir putus nyawa saya. Saya terus membawa anak ke bilik mandi.
Semasa membuka seluar, anak berkelakuan luar biasa. Dia memegang seluarnya dan berkata ..

“ mama jgn, pedih ! “
Anak : mama jgn pedih, sakit..abah wat..
Saya : abah wat apa lagi ni?
Anak : abah pegang pet-pet, pungkoq..

Terus dia nangis dan memeluk erat saya, lain dari kebiasaannya. Selasai mandikan anak, semasa hendak pakaikan dia pampers .. saya nampak kemaluan anak sangat merah dan lain sgt keadaannya.

Saya yang mandikan dan basuh berak dia setiap hari, mana mungkin saya tidak perasan kalau ada perubahan pada kemaluan anak saya sebelum ini.
Bila ditanya,

“ Abah wat, abah wat.. “

Itu saja yg diulang oleh anak yang baru dua tahun lebih umurnya itu. Sayu teramat kecewa dan menggigil seluruh tubuh saya bila anak menunjukkan sendiri aksi yg diperlakukan terhadapnya kepada saya.

“ Adik diri, abah dok camni camni.. Abah boh ubat mulut ni.. “

Bermula di situ, reaksi anak juga berbeza sgt dari sebelum ini bila berhadapan dgn abahnya. Anak saya seolah menjauhkan diri , takut dgn abah sendiri.

Bangun dari tidur, anak akan menyusu dlm keadaan masih mamai. Semasa sedang menyusu, satu tangan anak akan memegang rambut saya seperti kebiasaan.

Terkejutnya saya bila satu lagi tangannya menyelinap masuk ke seluar dalam saya dan memegang kemaluan saya.

Tak langsung anak buat begitu sebelum ini. Bila saya tanya..

Saya : haih adik, napa buat camni

Dia pantas menarik keluar tangannya , dan jawapan yg saya dapat mmg merobek-robek hati seorang ibu..

“ Abah buat ! “

Pagi esoknya, saya biarkan anak menyusu mcm biasa utk dptkan kesahihan tentang apa yg terjadi smlm..

Betapa terlukanya hati saya bila anak melakukan perkara sama, menyelinap masuk tangannya ke dlm seluar dalam saya dan mengeluarkan semula tangan sambil mengelap-ngelap di seluar dalam saya. Terkedu saya ..

Dengan apa yg saya lalui, saya tengok apa yg ditunjuk oleh anak tentang aksi yg berlaku, saya tidak mampu lagi utk tunduk dgn seorang lelaki yg bergelar suami.

Biarlah derhaka pada suami tp saya masih mampu mempertahankan anak kandung saya sendiri..

Akhirnya … saya membawa anak saya ke hospital. Kini saya dlm proses menuntut keadilan buat anak saya .

Oleh sebab yang tidak pernah terlintas akan terjadi pada diri saya sendiri, saya memang tiada sesen pun simpanan. Lebih-lebih lagi … saya telah berhenti kerja setelah berkahwin

Saya terpaksa pulang ke pangkuan ibu dan ayah kandung untuk berlindung dan meneruskan hidup bersama anak saya.

Akan tetapi, usia ibu dan ayah yang semakin uzur membuatkan saya terasa seolah-olah telah membebankan mereka.

Ibu tidak bekerja , pendapatan ayah sebelum ini, hanyalah semata-mata daripada wang pencennya sbg anggota tentera satu masa dulu.

Sehingga kini, kami 7 orang anak-beranak tinggal serumah. Saya ada dua orang abang. Seorang OKU mental.

Seorang lagi abang saya telah berkahwin tapi isterinya meninggal dunia.

Abang saya hilang pekerjaan setelah lori yang dipandu abang terlibat dlm kemalangan dan telah mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak.

Selain anak saya .. ada anak abang saya juga tinggal bersama dan semua ditanggung sara hidup sepenuhnya oleh ayah yang telah tua.

Ayah terpaksa keluar bekerja mencari pendapatan tambahan sbg pengawal keselamatan gantian bagi menyara kami.

Trauma dgn peristiwa hitam itu, saya takut untuk keluar bekerja dan meninggalkan anak di rumah .

Kesihatan abang saya sebagai OKU mental juga tidak menjanjikan keselamatan anak saya.

Anak saya pula .. enggan berenggang langsung dgn saya sejak kejadian itu.

Simpati pada ayah … saya memilih untuk berniaga kecil-kecilan, menjual nasi lemak di sekitar kawasan perumahan kami.

Pendapatan daripada jualan nasi lemak yang tak seberapa ini digunakan bagi menampung perbelanjaan.

Saya juga perlukan wang untuk membiayai kos perjalanan dan lain -lain yang berkaitan dgn urusan temujanji dgn pihak hospital dan juga mahkamah.

Saya terpaksa melalui juga proses undang-undang bagi mendapatkan hak jagaan anak saya kerana dituntut oleh bekas suami.

Saya amat mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak untuk terus menjadi tulang belakang dan semangat saya.”