“Mama senyum kira hari” Puas Cari Ibu ‘Hilang’ Di Hospital, Rupanya Telah Dijemput Ilahi

Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah. Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.
Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana ibu kepada lelaki ini meninggal dunia di sebuah hospital di Madinah pada hari Jumaat, sehari sebelum dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke tanah air mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Muhammad Nazwan Naziruddin Bahruddin berkata, dia tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 6 Januari lalu.

Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, kunjungan mereka sekeluarga ke Tanah Suci dibuat selepas ibunya, Che Wan Rahimah Che Wan Malim sering menyuarakan hasrat untuk ke sana.


“Saya dan mama (panggilan ibu) bersama makcik, pakcik dan nenek menyertai rombongan. Memang kami semua nak pergi buat umrah.”

“Mama teringin sangat nak ke Tanah Suci, malah pernah menyatakan yang dia reda sekiranya meninggal dunia di sana,” katanya

Difahamkan, ibunya yang berusia 50 tahun menghidap penyakit kanser ovari tahap empat sejak lima tahun lalu.

Walaupun dalam keadaan kurang sihat, ibunya yang berasal dari Dungun, Terengganu itu tetap bersemangat untuk menunaikan umrah.


“Sepanjang masa saya bersama dengan mama. Saya sentiasa pantau keadaan mama di sana, dengan pergerakannya menggunakan kerusi roda.”

“Selepas hari ketiga di Madinah, mama mula tak sihat dan sesak nafas. Mama dibawa ke hospital Madinah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),” ujarnya.

“Petang Jumaat tu (13 Januari) saya cari mama di ICU, tapi tak ada. Pergi cari di bahagian kecemasan pun tak ada. Saya cuak sampai cari satu hospital.”

“Saya minta bantuan mutawif sebab mak ‘hilang’. Rupa-rupanya mak dah meninggal dunia pada petang Jumaat,” katanya sambil menambah jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah pada hari yang sama.


Mengakui terkilan kerana tidak sempat melihat ibunya buat kali terakhir, namun Nazwan yang bertugas sebagai juruteknik itu reda dengan ketentuan Ilahi.

“Alhamdulillah, permintaan dan hajat mama sudah tertunai. Sebelum ini, mama nak sangat pergi ke Tanah Suci dan mama dapat menyempurnakan hajatnya”


“Mama meninggal dunia petang Jumaat. Malam tu saya sudah berangkat ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu.”

“Sepatutnya saya nak extend berada di Madinah sebab nak jaga mama di ICU, tapi mama dah ‘pergi’ dahulu sehari lebih awal,” katanya yang turut berkongsi video mengenai perjalanan arwah ibunya menunaikan umrah, di TikTok.

“Mama tanya saya hari ini hari apa. Mama siap bilang hari. Saya jawab hari ni Rabu, dan mama pun senyum. Memang Allah permudahkan urusan mama, dia pergi pada hari Jumaat.”

“Allah sayang mama. Mama menanggung kesakitan selama lima tahun. Allah dah tarik kesakitan mama selama-lamanya,” katanya

Video yang tular di laman TikTok:

@johari_coAllah sayang mama ❤️❤️ mama insan hebat♬ Allahumma Labbaik – Sabyan