“Masa order tak terfikir,” Brader Meja Sebelah Teruja Tengok Roti Tisu

Kalau tiba-tiba teringin nak minum teh tarik atau lepak-lepak luangkan masa dengan kawan-kawan, tempat pertama yang akan muncul di minda pasti restoran mamak kan?

Bukan sahaja teh tarik, bermacam-macam jenis roti juga ada dijual. Roti tisu, roti bom, roti prata dan banyak lagi! Tinggal sebut sahaja apa yang korang nak.

Baru-baru ini keinginan geng sekawan untuk makan roti tisu di sebuah restoran mamak yang terletak di Johor terbantut setelah roti yang dipesan mereka diperhatikan oleh ramai pelanggan di situ.

Bukan sahaja mencuri tumpuan pelanggan yang ada di restoran tersebut, malah warganet yang melihat video yang dimuat naik oleh @intan_noi turut terkedu dan terhibur melihat ketinggian roti tisu yang dihidangkan kepada mereka.

Beberapa orang di meja sebelah juga sempat curi-curi tengok dari atas sampai bawah ketinggian roti tersebut tersebut seolah-olah tidak menyangka roti setinggi itu wujud dan mampu disediakan oleh mamak di situ.

Walaupun video ini baru sahaja dikongsi beberapa hari lepas, ianya berjaya meraih tontonan sebanyak 1.9 juta dan 140.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@intan_noi nnti repeat lg #fyp ♬ RINGKITING DJ KARDUS WILFEX BOR – 🌀WILFEXBOR🌀

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang salute dengan geng sekawan tersebut kerana mampu untuk makan roti tisu setinggi gunung itu walaupun sempat menjadi perhatian orang ramai seketika.

Warganet turut menyatakan kalaulah mereka di tempat sekawan itu, terus tak lapar tapi jadi auto malu!

BACA: Ini Senarai 30 Jenis Dan Nama Gelang Emas Yang Mungkin Encik Suami Belum Tahu

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Buat la tutorial macam mana nak kokak mendealah ni, sis. atas dulu ke bawah dulu. I is kompius ni nk makan mana dulu 😂😂”

“lapar 1% malu 99%”

“Introvert can’t handle this”