Masukkan Anak Ikut Tingkap Sebab Pintu Terkunci, Rupanya Ramai Netizen Buat Perkara Sama

Pasti ada diantara kita pernah berdepan dengan situasi pintu rumah terkunci bukan? Ada yang tertinggal kunci dalam rumah, ada juga yang kehilangan kunci sewaktu berada di luar.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, ada juga sesetengah orang telah bersiap sedia membawa kunci pendua dan meletakkannya di dalam kereta ataupun kasut bagi mengelakkan situasi pintu terkunci ini berlaku.

Seperti video yang tular baru-baru ini, keluarga ini mempunyai cara tersendiri untuk membuka pintu rumah yang terkunci telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kak.yah95, dapat kita lihat pasangan suami isteri ini memasukkan anaknya ke melalui tingkap dan meminta anaknya untuk membuka pintu dari dalam rumah.


Mujurlah si kecil itu memahami suruhan mereka dan ibunya terus memeluk anak selepas pintu berjaya dibuka.

“Terkunci pintu dalam rumah tak boleh masuk, alhamdulillah anak tolong buka kan pintu” Ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap anaknya yang bijak dan mendengar kata.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing malah ada segelintir yang turut pernah berdepan situasi yang sama dan melakukan cara tersebut.

Apa yang lebih lucu lagi, ada yang pernah menjadi ‘mangsa’ dimana merekalah yang masuk ke dalam tingkap untuk membuka pintu masa zaman kecil dahulu.

Antara komen warga maya:

“Pandai adik.. nasib baik tak tersangkut kepala kat tingkap tu acik tengok risau je..”

“Aku ingat aku sorang jee yang pernah ken macam nihhh.. kita gengg lahh dikkk”

“Acik risau dia pergi main toys dulu..”

“Aku pernah masuk ikut tingkap macam ni.. sebab tolong jiran aku yang tak boleh masuk rumah kunci hilang”

“Bijaknyaa.. tak nangis pulak tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@kak.yah95terkunci pintu dalam rumah Tak boleh masuk, alhamdulillah anak tolong buka kan pintu 😊♥️♬ original sound – kak.yah95