Mat Salih Jatuh Cinta Dengan Burger Tepi Jalan, Selamba Duduk Makan Atas Simen Siap Bagi Rating 9/10!

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan.
Iospital phone repair gombak
Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang seorang pelancong dari Australia yang berkongsi pengalamannya menikmati burger jalanan ketika berkunjung ke Kuala Lumpur telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @nicktravelstt, mat salih itu pergi ke sebuah gerai burger di Petaling Street dan kemudian memesan sebiji burger daging.

Mendengar perbualan ringkasnya bersama pemilik gerai burger yang dikenali sebagai Abang Boo’bo, dipercayai ia bukanlah kunjungan pertamanya ke gerai burger berkenaan.

Bukan sahaja peramah malah dia juga dilihat langsung tidak kekok untuk bersembang dengan peniaga di kedai tersebut.

Setelah burgernya siap dimasak, dia tanpa melengahkan masa terus duduk di tepi jalan untuk menikmati makanan itu ketika masih panas.


“Trying a $1.50 Ramly burger in Malaysia. Rate 9/10. Thanks Boo’bo (Mencuba sebiji burger Ramly di Malaysia. Penilaian 9/10. Terima kasih Boo’bo),” tulisnya dalam video berkenaan.

Difahamkan, dia juga sering berkongsi videonya menikmati pelbagai lagi makanan di Malaysia selain burger jalanan seperti roti canai, roti bakar, teh tarik, nasi lemak, milo dan roti milo.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen merasa bangga apabila pelancong berkenaan memuji kesedapan burger jalanan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat berseloroh mengatakan dia ‘terlalu Malaysia’ kerana selamba makan di burger atas batas simen.

Antara komen warga maya:

“One patty not enough.. make it double special”

“Welcome to Malaysia! you are officially landed bcs you had taste the ‘burger tepi jalan'”

“Malaysian street food never disappoints”


Video yang tular di laman TikTok:

@nictravelstt Trying a $1.50 Ramly burger in Malaysia #malaysia #kualalumpur #solotravel #food #ramly #burger #vlog ♬ original sound – nictravels