Mata Kuyu & Muka Lesu, Netizen Kasihan Lihat Hawa Rizwana Tahan Mata Masa Baca Berita

Siapa yang tidak kenal dengan personaliti TV3, Hawa Rizwana. Pembaca berita yang juga pengacara rancang Wanita Hari Ini (WHI) itu mempunyai wajah yang cantik malah manis untuk dipandang sehingga membuatkan orang ramai mudah mengingatinya.

Gadis manis berusia 26 tahun itu juga merupakan seorang penyampai radio.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Dikatakan mengantuk baca berita

Terbaharu, pengacara itu telah menjadi penyampai buletin utama di Tv3 pada jam 8 malam. mungkin kerana kepadatan waktu bekerja , wajah hawa kelihatan lesu dan matanya seakan layu.

Dia yang kelihatan seperti sedang menahan mengantuk telah tular di media sosial apabila orang ramai telah merakam momen trsebut. Video tersebut telah tular di tiktok yang dimuat naik oleh individu yang bernama kak rose.

Wajah Hawa juga kelihatan pucat dan tiada seri seperti selalu telah menarik perhatian netizen.

Malah netizen juga mendakwa ini kali pertama mereka melihat pembaca berita kelihatan seperti tiada mood dan lesu seperti itu.

Namun ia kelihatan lucu kerana penyampai berita itu bersungguh- sungguh menahan matanya yang mengantuk ketika sedang membaca berita.

Walau bagaimanapun, ramai yang bangga dengan gadis itu kerana mempunyai profesionalism yang tinggi dalam bekerja dan menggalas tanggungjawab dengan baik walaupun kepenatan.

Bukan itu sahaja, netizen yang melihat perkara itu turut memahami faktor kerja Hawa Rizwana yang banyak kerana wajahnya dari pagi hingga menjelang mata sering berada di kaca tv untuk mengendalikn program wawancara dan berita.

Disamping itu, netizen turut meminta Hawa Rizwana untuk menjaga kesihatan dan mengemas kini jadual bekerjanya agar dia mendapat rehat yang secukupnya dan lebih bersemangat melalukan tugas untuk hari berikutnya.

Menerjah di ruangan komen di tiktok itu, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkara itu serta merasai kepenatan Hawa Rizwana

“Macam mana tak ngantuk, Pagi buletin pagi lepastu Wanita Hari Ini, malam buletin utama.perghh”

“Tu mesti mata dah pedih-pedih mata. 2 saat pejam membawa ke 2jam.” Kata netizen bergurau.

“Dah jadi dj radio, berita lagi, mengacar lagi mahu tak penat.”

Video tular di laman Tiktok

@_kak.roseAgak agak dia ada tiktok ke 🤣😂##fypシ ##fypdongggggggg ##newtrend ##foryou♬ Play Date – Melanie Martinez

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 818