“Mau bankrup pakcik kau” Anak Buah ‘Paw’ Macam2, Reaksi ‘Redha’ Pak Saudara Buat Netizen Boleh Relate

Siapa yang mempunyai anak saudara pasti akan menurutkan sahaja kemahuannya dek kerana terlalu sayang apatah lagi jika kita seorang sahaja makcik atau pakcik saudara yang ada. Sudah pasti anak buah selalu ‘menempel’ sahaja.

Sama juga dengan kisah yang tuar baru-baru ini dimana seorang pemuda yang mengambil anak buahnya pulang dariada tadika mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian YOY, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @igarif_fauzzi, memaparkan dia baru saja mengambil beberapa orang anak buahnya pulang dari tadika dengan menaiki kereta.

Dapat kita lihat, kanak-kanak itu kelihatan sangat riang berada di tempat duduk bahagian penumpang belakang sambil pemuda ini menunjukkan reaksi muka kosongnya yang ‘reda’ dengan apa yang berlaku ketika itu.

“yang pernah ambik anak buah balik tadika je yang memahami”- katanya

Rupa-rupanya, dia sering diajak ke kedai runcit dan anak buahnya meminta si pak cik saudara untuk membelikan jajan. “Habis duit aku,” ujarnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@igarif_fauzzi #fyp #fypシ゚viral ♬ RINGKITING DJ KARDUS WILFEX BOR – 🌀WILFEXBOR🌀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 558.0K tontonan, 49.5K tanda suka, 1566 komen, 908 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komne, rata-rata warga netizen boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut ekoran anak buah mereka juga tidak tumpah seperti itu.

“Aku ambik adik aku, satu hari habis dalam RM10 ya. Anak buah saya rumah tepi 7E, tiap-tiap hari balik sekolah Kinderjoy 5 6 biji. Botak kepala” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah netizen juga terhibur melihat gelgat anak buah pemuda ini yang selamba ‘paw’ pakciknya di kedai runcit.

Berikut merupakan komen warga maya:

“nak jadi anak buah juga boleh?”

“sebiji macam aku kena.. dah tu mengada-ngada nak ais krim magnum..”

“setiap jam 12 hingga 1:30 aku kena standby..”

“kalau aku tokey kedai, ambil semua ambil semua”

“ambil diorang dari sekolah then bawa p kedai, padahal dorang tak minta pun  aku yang beria”

“hari2 jemput mau bankrup pakcik kau nakk..”

“part bergusti kat belakang tu takleh blah”

“anak buah saya ni hari2 lepas balik tadika je mesti p kedai..”