“Mcm anak dara!” Kongsi Foto Berpantang Hari Ke-20, Bentuk Badan Mawar Rashid Jadi Perhatian

Pelakon Mawar Rashid telah melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Januari 2021 lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta itu menjadi penyeri rumah tangganya bersama suami, Raf Yaakob.

“Soooooo satisfying tengok my Raden Seri punya tempat tidur. Time pregnant haritu, berejam-jam mommy survey cari design yang sesuai untuk my princess ni..

“Yang paling best nya, bila barang sampai je.. kualiti mmg tiptop.. lembuttt sangat, and bukan kualiti yang murah2 ye.. harga pun berpatutan sgt. Mawar review ikhls ni.. Mawar x suka tipu2 followers. Hehe.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Terbaru, Mawar telah berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya yang menunjukkan foto dirinya dan bayi pada hari ke-20 berpantang.

“Pantang day 20, Puteri Raden Seri terCinta..@rossabellacinta Alhamdulillah semua dipermudahkan urusan untuk menjaga Cinta..

“Kesihatan Cinta.. terima kasih sayang mudahkan Mommy, Papa, Abai, ibuwan dan semua untuk menjaga Cinta..

“Cinta tidur tenang je.. bangun untuk minum susu, and nak org cakap2 ngan Cinta, minum susu pun sikit2 je.. mmg betul orang cakap anak perempuan minum sikit2 je.. malam pun bangun 2 kali.. good girl.

“Abang Rafael dulu pun good boy macam Cinta.. tapi Cinta lagi lemah lembut, dari baby lagi dah nampa kelembutan Cinta.. Papa mandikan Cinta pun tenang je.. papa happy Cinta bnyk calm. Alhamdulillah

“Ya Allah Ya tuhanku.. semoga kami dapat membesarkan anak dengan penuh rahmatmu Ya Allah  Amin YRA ”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Dalam pada itu di ruangan komen pula, ramai yang menulis pandangan mereka berkaitan bentuk tubuh Mawar yang kelihatan sudah kurus selepas melahirkan.

Sebelum ini, Mawar Rashid selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak keduanya di pusat perubatan di ibu kota pada jam 5.45 pagi.

Suaminya yang juga pelakon, Raf Yaakob berkata, bayi seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal.

“Syukur Alhamdulillah. Bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Ibu okey, bayi pun okey.

“Bayi dilahirkan secara normal. Saya sangat bangga dengan awak, Mawar,” tulis Raf dalam satu entri terbaharu di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Raf turut berkongsi akaun Instagram khas anak keduanya sebagai ruang untuk berkongsi memori.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.