“Memang Musibat..” Gara-Gara Minta Roti Planta Lebih, Pak Cik Ini Kena Prank

Roti planta memang menjadi kegemaran ramai. Walaupun tinggi dengan kalori, ia memberi rasa yang lemak dan manis pada roti canai yang kosong. Jadi, tak heran mengapa begitu ramai yang memesannya.

Namun, hati-hati apabila memesannya kerana tak semua kedai makan tahu membuatnya, takut nanti apa yang anda minta rupanya lain dari jangkaan!

Iospital phone repair gombak

Pemeriksaan percuma, klik DI SINI untuk whatsapp kami sekarang!

“Memang Musibat..” – Pak Cik Ini Kena Prank Gara-Gara Minta Roti Planta Lebih Di Kedai Makan

Satu akaun di TikTok, achik_rileks telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi gelagat lucu salah seorang pelanggannya ketika dikenakan prank.

Kisahnya, pelanggan itu yang juga merupakan seorang pelanggan tetap di kedainya dan sering memesan roti planta telah memintanya untuk menyediakan roti planta lebih untuk dinikmati sambil berbual dengan kawan-kawannya.Roti Planta Lebih

Namun sekadar ingin bergurau, lelaki itu telah memutuskan untuk melakukan satu prank dan mengambil dua keping roti putih dan diletakkan seketul marjerin.

Bila dibawa ke pelanggannya itu, dia hampir melompat dari kerusi dan tak sengaja mengeluarkan kata-kata kasar bila melihat rupa roti tersebut.Roti Planta Lebih

Menyaksikan reaksi pelanggan itu, dia dan orang lain turut tergelak, agaknya gurauan kasar sebegini sudah menjadi perkara yang biasa di antara mereka semua.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat gelagat pelanggan itu.

“Dia punya maki hamun tu sampai lupa kopiah kat kepala!”, ujar seorang pengguna.

Manakala, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki itu sengaja mencari hal. Tak pasal pula mendapat maki secara percuma. “Memang cari hal la kau mat!”, gelak seorang pengguna.

Gelagat Pak Cik Buat Ramai TergelakRoti Planta Lebih

Soal makan jangan buat gurau, kan dah tak pasal-pasal kena maki secara percuma dengan begitu sahaja? Walau apapun, hal ini jelas gurauan di antara pihak mereka, tiada unsur serius pun.

Video tular di laman Tiktok:

@achik_rileks org melake..kalo gurau mmg musibat sikit…hahahahaha#fypdongggggggg #foryoupage❤️❤️ #fypシ #berandafyp #santai ♬ original sound – Achik_Rileks(NorHisham)