“Menjiwai watak” Pura-Pura Kaku Diruqyah, Gelagat Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

Tidak dinafikan, kehadiran cahaya mata sememangnya melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga bahkan memberi keceriaan kepada pasangan suami isteri.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, ada sahaja telatah lucu yang hendak mereka lakukan untuk menghiburkan hari-hari kita. Mudah kata, boleh hilang penat kerja seharian melayan karenah mereka apabila pulang ke rumah.

Seperti yang kita tahu, ada sahaja kerenah yang akan dilakukan jika anak-anak berada di dalam jagaan bapa malah terkadang tidak tercapai dek akal melihat gelagat mereka yang tidak disangka-sangka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat dua beranak ini nyata membuatkan ramai terhibur.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ummadafi, kelihatan lelaki itu sedang memegang kepala anaknya dari arah belakang persis seperti aksi ustaz meruqyah orang dirasuk.


Namun apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah reaksi kanak-kanak lelaki tersebut seolah-olah faham dengan situasi yang sedang berlaku dan dilihat terus menjiwai watak dimana dia hanya duduk kaku,

Malah, mulut ayahnya pula dilihat terkumat-kamit seperti membacakan sesuatu malah turut bersama-sama terus berlakon dengan anaknya sehingga membuatkan ‘scene’ itu seakan betul.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi comel si anak yang melayan sahaja telatah bapanya itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan bayi ini bijak kerana memberikan kerjasama sepenuhnya apatah lagi ketika ‘scene’ mulut ayahnya terkumat kamit membaca ayat.

Tidak cukup dengan itu, netizen turut akui jika para lelaki yang menjaga budak kecil, pasti pelbagai aktiviti dan idea kreatif yang hendak dilakukan membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya.

Antara komen warga maya:

“Comel layan bapak nya”

“Ekspresi mukanya hahahahaha”

“Kerjasama yang baik”

“Rasa macam nak ada anak tapi calon mama nya belum ada..”


Video yang tular di laman TikTok:

@ummadafiEmang dasar bapak nya 😮‍💨♬ Be With You Remix – sayakhoko