Menunggang Di Laluan Pejalan Kaki, Aksi Lucu Wanita Ini ‘Ajar’ Mereka Dengan Jalan Perlahan Buat Netizen Terhibur

Dari bangku sekolah lagi kita diajar akan fungsi laluan pejalan kaki yang berada di atas jalan raya. Paling tidak pun, ianya dimaklumkan semula ketika mengambil lesen memandu.

Namun masih ada dikalangan kita yang ‘selamba’ berhenti di laluan pejalan kaki dan mengganggu orang awam yang ingin melintas jalan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang perempuan bertindak ‘mengajar’ pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @buyungkiu di laman Twitter, kelihatan sekumpulan motorsikal menggunakan laluan pejalan kaki.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah gelagat dua orang wanita yang sengaja berjalan dengan sangat lambat membuatkan banyak motor di belakang mereka terpaksa menunggu tanpa mampu berkata apa-apa.

Difahamkan, penunggang motorsikal menggunakan jalan tersebut oleh kerana kesesakkan lalu lintas namun tindakan tersebut tetap salah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sokong akan tindakan berani yang dilakukan oleh dua orang wanita ini.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berang dengan sikap penunggang motorsikal yang gemar mengambil kesempatan malah menyeru orang ramai agar tidak melakukan perkara tersebut.

Antara komen warga maya:

“Cantik dan berani”

“Patut ditiru,”

“Pejalan kaki santai,”

“Yang naik motor tak ada otak,”

“Ramai penunggang motor sekarang tidak ada adab,”

“Santai saja jalannya,”

Video yang tular di laman Twitter: