Merajuk Tak Mahu Makan, Monyet Siap Mengadu Tunjuk Luka Di Tangan Curi Tumpuan Ramai

Haiwan juga ada perasan malah apabila mereka berada dalam kesakitan, ada sahaja cara mereka untuk memberitahu kepada manusia.

Kadang-kala gelagat mereka itu mampu membuatkan kita berasa sedih dan ada juga kelakuan mereka yang menghiburkan apabila turut inginkan perhatian dan kasih sayang daripada manusia.

Iospital phone repair gombak

Pemeriksaan percuma, klik DI SINI untuk whatsapp kami sekarang!

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai sebuah video di laman sosial TikTok, seorang lelaki telah menemukan seekor monyet yang mempunyai luka di tangan yang turut membuat reaksi sedih telah mencuri perhatian ramai.

Monyet itu tidak mahu makan tetapi gelagatnya yang menunjukkan luka di tangannya telah menyentuh hati. Menerusi video tersebut, pemilik akaun TikTok @dakayie66 secara kebetulan telah menemukan seekor monyet yang ada luka ditangannya.

Dia telah memberikan makanan kepadanya namun monyet itu, namun makanan tersebut ditolak dan haiwan ini hanya menunjukkan riak wajah sedih seolah-olah sedang merajuk. ,Malah, monyet itu turut mengadu dengan menunjukkan dimana lukanya berada.

 

Image from @dakayie66 (TikTok)
Rata-rata warga maya terhibur melihat gelagat comel monyet itu. Ada juga segelintir netizen menyatakan kemungkinan haiwan menolak untuk makan kerana ingin memberitahu tangannya sakit.
Image from @dakayie66 (TikTok)

 

“Wah, pandainya dia tunjuk luka” – Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah mencecah sebanyak 1.1M views, 124.4K likes dan 1,936 comment di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memuji kecomelan monyet itu yang menunjukkan riak wajah sedih dan mengadu dek kerana luka di tangannya.

Berikut di bawah antara komen menarik oleh netizen di laman TikTok:

Image from @dakayie66 (TikTok)

Image from @dakayie66 (TikTok)

Image from @dakayie66 (TikTok)
Image from @dakayie66 (TikTok)
Image from @dakayie66 (TikTok)

 

Pandai pula dia mengadu siap buat bunyi sekali :

“ala kesian dia sakit..bg mkn xmau…pndai lak tu mengadu sakit..kalau bole bawa balik,ak dh bawa balik ni….tp sayang xbole bawa…”

@dakayie66ala kesian dia sakit..bg mkn xmau…pndai lak tu mengadu sakit..kalau bole bawa balik,ak dh bawa balik ni….tp sayang xbole bawa…♬ original sound user969076 – Dak Ayie