“Meremang lah..” Ratu Cantik Hafal Lagu 25 Rasul, Thanuja Buat Netizen Tergamam

Boleh dikatakan, kalau disuruh sebut nama para nabi dan rasul mengikut turutan sewaktu kecil dahulu pasti ada yang akan menyanyikan lagu 25 rasul dendangan kumpulan nasyid popular, Raihan.

Manakan tidak, lagu itu sememangnya sangat ‘catchy’ dan mempunyai melodi yang senang dihafal.

Iospital phone repair gombak

Namun siapa sangka seseorang yang bukan beragama Islam juga turut mengingati bait-bait lagu tersebut seperti seorang model, pelakon dan ratu cantik Malaysia Thanuja Ananthan ini.

Baru-baru ini, dia telah mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menyanyikan lagu 25 rasul itu sekaligus membuatkan ramai terkejut dan kagum.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @brenda_za8 di laman TikTok ini, menunjukkan Thanuja menyebut nama 25 Rasul tersebut dengan lancar dan merdu sekali walaupun diiringi seseorang.

Malah beberapa individu yang berada di sekelilingnya itu juga teruja menyaksikannya.

“Speechless Miss World Malaysia tahun 2009 Miss Thanuja Ananthan seorang yg humble tak kira bangsa dan agama berbeza hafal lagu Para Nabi dan selawat 🥺 .. Mesti belajar time sekolah dulu…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan video Thanuja yang menyanyikan lagu 25 Rasul oleh kumpulan Raihan itu.

Bahkan ada yang mengatakan lagu-lagu nasyid kumpulan Raihan pada zaman 1990 an sememangnya cukup meluas di TV. Oleh kerana itu ada non muslim yang juga terikut untuk menontonnya.

Antara komen warga maya:

“actually alunan-alunan dia menenangkan jiwa…”

“thanuja ni cantik teruk…dah lah tinggi…tak silap dia ada kembar kan??”


“meremang lah time thanuja nyanyi sorang hujung tu…indahnya malaysia…semua respect each other tak kira agama…”


“dulu zaman-zaman 1997-1999 time tu pengunaan internet tak meluas apa-apa pun bukak je tv mesti ada nasyid raihan jadi non muslim pun terikut tengok…sekarang macam-macam channel ada…”

“ni lah peranan nasyid dalam berdakwah yang berunsurkan nyanyian…kalau soalan exam terus nyanyi lagu tu…auto dapat jawapan…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@brenda_za8 Speechless Miss World Malaysia tahun 2009 Miss Thanuja Ananthan seorang yg humble tak kira bangsa dan agama berbeza hafal lagu Para Nabi dan selawat 🥺 .. Mesti belajar time sekolah dulu .. #thanujaananthan #missworldmalaysia #actress #model #tvhost #publicfigure #artistmalaysia #fyp #fypシ゚viral🖤tiktok #fypage #foryoupage ♬ original sound – Brenda