“Mikir masa depan ke dik..” Gelagat Kucing Termenung Bosan Ketika Tuan Pergi Kerja Buat Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seekor kucing kelihatan sangat bosan bila ketiadaan tuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian YOY, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ross_mawarputih, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya itu semasa suaminya keluar bekerja.

Dapat kita lihat, kucing tersebut hanya duduk termenung sahaja seolah-olah sedang menunggu ketibaan tuannya.

Apa yang lebih memlucukan adalah, kucing itu turut dilihat hanya terbaring bersandar pada dinding sambil termenung seperti sedang memikirkan sesuatu.

Namun lain pula yang berlaku apabila lelaki itu pulang di mana kucing itu begitu aktif bermain bersamanya.

Video yang tular di laman TikTok

@ross_mawarputih Dengan mummy dia bosan duduk diam je, dengan daddy dia auto buas 😌 #kucingnakal #kucingsunyi #kucingbosan ♬ original sound – Miss Mawar 🌹

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 219.0K tontonan, 25.4K tanda suka, 226 komen dan 227 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing tersebut yang seolah olah mempunyai masalah yang sangat besar untuk diselesaikan.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berseloroh mengatakan apakah yang kucing tersebut fikirkan sepanjang hari sehingga kelihatan sangat tertekan ketika termenung.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Dia punya bosan sampai termenung lagu tu.”

“Mikir masa depan ke dik.”

“Hahaha bosan sangat tu.”

“Aku tak leh brain lah dia punya menung tu. Apa agaknya dia dok fikir eh.”

Ada-ada sahaja perangai si bulus ni, entah apa yang difikirkan sampai termenung macam tu! Hehehe