“Wei, mak dah mati ni. Duit mak rm6k kena transfer aku. Aku sempat amek no pin mak,”

Kehilangan individu yang disayangi merupakan satu momen sedih yang sangat sukar untuk kita terima.

Bahkan, lebih menyedihkan lagi, apabila individu tersebut merupakan ibu atau bapa kita sendiri yang banyak berkorban sejak kita kecil.

Sebagai anak, kitaperlu redha dengan apa yang telah terjadi dan mendoakan supaya mereka tenang di alam sana.

Namun begitu, berbeza pula yang terjadi kali ini apabila ada seorang anak didakwa seakan tidak sedih dengan pemergian ibu sebaliknya hanya mementingkan wang sahaja.

Kisah duka ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, hypePeep menerusi satu thread.

Insiden menyayat hati ini telah menimpa seorang wanita berusia 96 tahun ketika berada di salah sebuah wad C0VID19.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini diceritakan berada dalam keadaan tenat pada suatu malam.

Oleh yag demikian, disebabkan faktor umur, pihak hospital dipercayai membuat keputusan membenarkan anak wanita ini yang turut positif C0VID19 untuk menjaga ibunya di wad tersebut.

Al kisahnya di ward C0VID19hari ni :

Mak umo 96 tahun tengah tenat melawan C0VID19. Disebabkan umur yang terlalu advance,kita arrange je la anak dia yang positive C0VID19jugak untuk tolong jaga dan berkhidmat kepada maknya di wad sehingga akhir hayat dia.

Walau bagaimanapun, siapa sangka, dua hari kemudian, wanita ini telah pergi buat selama-lamanya.

BACA: [VIDEO] “Ingat nak ‘street view’ rumah, sekali terjumpa..” Lelaki Sebak ‘Terjumpa’ Arwah Ayah Dalam Google Street

Namun apa yang lebih mengejutkan apabila individu ini mendakwa terdengar perbualan si anak di telefon.

Si anak memaklumkan bahawa ibunya sudah meninggal dunia dan disebabkan dia telah menjaga ibunya di wad, dia meminta wang berjumlah RM6.000.

Pemilik akaun Twitter itu juga tidak menyangka si anak terbabit dikatakan sempat meminta nombor pin akaun bank ibunya.

Setelah dua hari si mak pakai bantuan oxygen paling tinggi, akhirnya pagi ni si mak dijemput Ilahi.

Aku cam sedih nk pronounce death depan anak dia.

Aku expect si anak tu akan nangis bila aku cakap mak dia dah takde, tapi dia tak nangis, dia busy kol sana sini.

So aku terdengarla percakapan si anak,

“Wei, mak dah mati ni.Sebab aku yang jaga mak kat ward C0VID19 ni, duit mak rm6k kena transfer aku. Aku sempat amek no pin mak”

Wei sampai hati mak nazak nazak pun, ko sempat mintak no pin bank mak.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan si anak yang tergamak mementingkan diri.

Ada juga yang tidak mahu cepat menilai perlakuan anak berdasarkan pengalaman sendiri.

“Innalillahi wainnailaihi rojiun. Tapi ni pandangan saya, kita tak boleh judge anak tu dulu. Mungkin duit tu si anak nak guna kan untuk belanja selepas arwah pergi.

“Pembayaran upah pengurusan, hutang2 arwah.covid2 ni x semua orang berduit, jadi jangan cepat menghukum. Wallahu alam.”

Namun begitu, terdapat juga yang mempersoalkan kebenaran kisah ini dan mempersoalkan pemilik akaun Twitter itu sebagai anti-vaksiin.

Ada lagi yang tanya cerita ni betul ke idok. Siap tuduh lagi cerita ni dibuat oleh anti vacinne..

Antivvacine what?? Aku dah complete 2nd dose lama dah.

Ingat dgn bersepai keje donning, doffing, electrolyte correction dalam tu, sempat ke nak buat buat cerita. okeh I’m done la.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Default image
admin
Articles: 750