Misi Ummah Belum Selesai, Caprice Mahu Ajar Rakyat Palestin Cara Buat Bisnes Online

Kebelakangan ini nama Caprice semakin hangat dek kerana dihujani bertubi tubi kecaman dari netizen.

Namun begitu, Caprice terus kuat dan memegang teguh kepada niatnya untuk membantu penduduk di Gaza.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Capri berkongsi satu muatnaik terbaru di mana beliau menyatakan mahu membantu ekonomi rakyat Palestin.

“Salam jumaat. Sape nak click link dekat bio Caprice join my telegram. Kalau nak free comment below “saya nak bro!”

“Tag 3 kawan ans I will pin 3 comments sekali dgn sejadah hari tu by tomorrow 9pm Malaysia.

“Salah satu misi saya di Palestin ialah membantu sesetengah keluarga bagi mencari atau membina produk baharu, membentuk bisnes online dengan mengaplikasikan cara saya menjalankan perniagaan dalam talian seperti di Malaysia” – katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“We can give fish to a family that will feed them for a week, or we can give them a fishing rod and teach them how to go fishing” – Kata Caprice

Caprice juga menanam azam untuk mencipta jenama sendiri buat rakyat Palestin dan membantu mereka melancarkannya.

“Kita akan cipta satu jenama untuk mereka, mengajar setiap keluarga dan menyerahkan produk ini untuk mereka jalankan sendiri.

“Insya-Allah semua itu akan membantu meningkatkan sumber kewangan dan ekonomi Palestin”

Tinjauan di ruangan komen, ramai pengikut Caprice meluahkan rasa bangga dengan usaha yang mahu dilakukannya itu.

Rata-rata mendoakan keselamatannya di sana dan dipermudahkan segala urusannya.

Terlibat dalam misi kemanusiaan

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tiba di Mesir untuk bergabung dengan 16 anggota misi HM4P diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Turut menyertai misi kemanusiaan itu adalah dua wakil Mercy Malaysia termasuk exconya, Norazam Ab. Samah.

Agih bantuan bersama sukarelawan

Caprice bersama-sama sukarelawan HM4P mengagihkan bantuan kemanusiaan termasuk 10 kerusi roda kepada wakil Hospital Palestin di Kaherah yang dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

Misi HM4P anjuran BKUM selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza.

Sehingga kini, difahamkan bahawa Caprice masih lagi berada di Mesir bagi menjalankan misi di Gaza yang masih belum ditunaikan.

Default image
admin
Articles: 750