“Dah meninggal baru dapat jumpa,” Gagal Mohon Rentas Negeri Hantar Abah Ke Hospital, Wanita Luah Rasa Kecewa

Negara masih dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19. Oleh yang demikian, Perlaksanaan Kawalan Pergerakan masih dilaksanakan mengikut kawasan masing-masing.

Oleh itu, kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali hal-hal tertentu seperti kecemasan, kematian, pasangan PJJ dan urusan kerja.

Salahguna kebenaran rentas pihak berkuasa ketatkan syarat

Terdahulu, ada segelintir yang menyalahgunakan kebenaran merentas menyebabkan pihak berkuasa memperketatkan syarat kebenaran untuk merentas negeri.

Kebenaran rentas boleh dimohon beserta dokumen yang menyokong tindakan itu dan beberapa dokumen peribadi yang perlu dilampirkan sekali.

Dokumen sokongan diperlukan sebagai bukti

Walaupun keadaan mendesak, tanpa dokumen sokongan kebenaran masih tidak boleh diberikan. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di seorang gadis ini.

Menerusi laman Facebook, seorang pengguna bernama Aida Najwa berkongsi pengalaman sedihnya berdepan situasi berkenaan.

 

Pergilah Abah ke negeri abadi selamanya

“16 Ramadhan 1442H Perginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya. Abah yang sakit tapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak2. Sungguh, along rindukan Abah.”

“Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya. Tiap kali call, tak pernah miss ‘I love you’ sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami.”

Along tolong hantar abah ke hospital

“Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua tu.”

“Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas. Hari Sabtu Abah call. Abah kata ‘Along, tolong hantar abah pergi hospital.”

Abah kena betulkan tapak dialisis

“Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis”

“Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, so aku kena la pergi mohon interstate travel dari polis. Aku sampai je pondok polis. Polis tanya, Cik nak pergi mana”.

Masa itu belum dapat surat refer ke hospital

“Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban.”

“Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital.”

Dialisis penting untuk kelangsungan hidup

“Aku mengharapkan polis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.”

“Ok lepas tu polis tanya ‘selalu siapa hantar dan amik?’ Aku cakap makcik saya. Then polis cakap ‘habis tu makcik mana? Dah mati?”

Makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung

“Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan.”

“Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.”

“Aku pun cakap, makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni.”

Polis tak lepaskan

“Aku tolong Abah pun bukan selalu. Mmg selalu makcik yang hantar dan amik Abah dari pusat dialisis tu.”

“Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, polis tak lepaskan. Itu Abah kandung aku. Bukan orang lain.”

Takde adik beradik lain ke boleh tolong

“Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga Abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.”

“Ok pastu polis cakap ‘awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive.”

Abah saya OKU

“Polis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni. Aku masih sabar.”

“Aku cakap ‘Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan.”

Tiada jiran ke yang boleh tolong

“Polis pun sambung ‘Takde jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri.”

“Aku bukan tak lampirkan bukti Abah sakit. Aku print surat dialisis Abah, IC Abah, kad OKU Abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.”

Awak tak boleh rentas negeri dik, bukti tak kukuh

“Polis pun cakap ‘Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh’.”

“Aku rasa sedih gila. Plus hampa dengan layanan polis yang seakan memandang rendah urusan aku. Pastu aku call Abah. Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni.”

Sedih sebab abah merajuk 

“Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.”

“Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia.”

Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku

“Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka sakit pun tak boleh. Dah meninggal baru dapat jumpa.”

“Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi.”

Sedih tak dapat ada dengan Abah saat akhir dia

“Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.
Memang aku tahu jodoh ajal semua Allah dah tentukan.”

“Cuma aku sedih sebab tak dapat nak ada dengan Abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat.”

Moga kebaikan Abah asbab untuk ditempatkan di Syurga Allah

“Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri.”

“Moga kebaikan Abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadhan.”

Terima kasih semua

“Untuk keluarga yang dah susah payah jaga Abah, along ucapkan terima kasih banyak2. Along takkan mampu balas jasa semua.

“Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian. Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100%, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga.”

Along sayang Abah 

“Moga Abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik2. Berehat lah. Along sayang Abah. Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah dan menitipkan doa.

Takziah diucapkan kepada keluarga Aida Najwa, semoga kalian diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Sumber: YOY Network