[VIDEO] Ternampak BF Bawa Perempuan Lain, Gadis Terus ‘Bantai’ Motor

Setiap pasangan yang bercinta pastinya akan melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam hubungan yang dibina.

Tambahan pula apabila hubungan percintaan yang dibina memerlukan pasangan itu berjauhan kerana faktor pekerjaan atau masih belajar.

Ini kerana, ramai orang berpendapat pasangan jarak jauh mempunyai cabaran yang besar kerana ada diantara mereka tidak boleh kesunyian dan keseorangan.

Kebetulan terserempak dengan teman lelakinya

Apa yang ditakuti adalah setiap pasangan bercinta adalah apabila pasangan mereka mempunyai teman lelaki atau teman wanita simpanan tanpa diketahui.

Begitu juga dengan situasi yang dialami oleh seorang gadis ini apabila dia secara tidak sengaja terserempak dengan teman lelakinya.

Teman lelaki membonceng wanita lain

Apa yang ditakuti akhirnya berlaku di depan mata apabila teman lelakinya dikatakan telah keluar bersama wanita lain.

Teman lelakinya kantoi curang dibelakangnya apabila pemuda menaiki motosikal sambil dibonceng oleh wanita lain dibelakangnya.

Gadis tersebut seperti hilang pertimbangan

Oleh kerana terlalu kecewa dengan perbuatan teman lelakinya yang berlaku di hadapan matanya sendiri, gadis melepaskan geram.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, gadis berkenaan seakan hilang pertimbangan ketika mengetahui perkara tersebut.

Gadis itu cuba menghentak motosikal teman lelakinya dengan batu

Dalam video berkenaan, gadis tersebut dilihat cuba untuk merosakkan motor teman lelakinya.

Kelihatan gadis tersebut memagang sebiji batu besar dan menghentak batu tersebut di motosikal teman lelakinya itu.

Sambil terduduk mengadap motosikal teman lelakinya, mengulangi perbuatannya itu. Aksi berkenaan tidak ubah seperti dalam drama.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib gadis itu

Perbuatan gadis berkenaan turut disaksikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis berkenaan.

Malah mereka turut sebak melihat kesedihan yang ditunjukkan oleh wanita itu menerusi video yang tular di media sosial itu.

@adiirawan72buat yg minta mentahanya tanpa tulisanya. jadilah orang yg setia. jangan pernah menyakitin hati orang lain. ##racing ##sakithati ##fyp ##fypシ ##viral♬ original sound – Adi Irawan

6 juta tontonan selepas 24 jam dimuat naik

Selain itu, netizen juga turut tertanya-tanya apakah cerita sebenarnya yang berlaku sehingga gadis bertindak sedemikian.

@adiirawan72semoga menjadi pribadi yg lebih baik lagi buat mereka dan d mudahkan urusanya. jangan terlalu baik mba 🤭 ##sakithati ##racing ##fypシ ##fyp ##viral ##tegal♬ original sound – Henny Adella30

Perkongsian video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 6 juta tontonan selepas 24 jam dimuat naik di aplikasi TikTok.