“Mungkin tidak cukup duit” Anak Minta Nak Main Buih Belon, Lelaki Ini Bantu Si Ayah Cipta ‘Momen Manis’ Bersama Keluarga

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini lain berdepan cabaran dan ujian tersendiri, ada yang dilahirkan dalam keadaan mewah dan begitu juga sebaliknya.

Iospital phone repair gombak

Oleh hal demikian, kita sebagai manusia haruslah mengamalkan sikap bertolak ansur dan berbuat baik sesama manusia.

Percayalah walau ianya hanya sedikit kebaikan yang diberikan, akan tetapi ia mempunyai makna yang sangat besar buat mereka yang memerlukan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang ayah yang menemani anak-anaknya di sebuah taman permainan telah menarik perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jafnyelias di laman TikTok itu, kelihatan pada awalnya Jafny melihat ramai kanak-kanak yang bermain dengan riang gembira di taman permainan tersebut.

Namun apa yang mencuri perhatiannya adalah apabila dia terdengar seorang anak kecil yang meminta ayahnya untuk bermain buih belon, akan tetapi ayahnya itu tetap diam sambil memandang penjual buih belon itu.

“Keluar air mata aku bila dengar anak dia minta nak main belon tapi ayahnya diam sambil matanya asyik tengok penjual belon.

“Dalam hati aku terfikir, mungkin ayahnya tidak cukup duit,” tulisnya.

Lalu, Jafny pun terus menyatakan hasratnya bahawa dia ingin belanja anak-anak lelaki tersebut untuk bermain belon.

Dapat dilihat bukan anak-anaknya sahaja yang tersenyum riang, malah si ayah juga tersenyum lebar sambil bermain buih belon itu bersama dengan anak-anaknya.

Benarlah bahawa walau sedikit pemberian sekalipun, ianya tetap bermakna besar buat mereka yang menerimanya.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa terharu dengan kebaikan yang telah diberikan serta menitipkan doa agar pemilik TikTok itu dimurahkan rezeki.

Antara komen netizen:

“trmksh krne brbuat baek.tpi mgkn ayah xbrpe brade.die pn tgh didik ank utk tidak mudah dpt ape y dihjat.”

“semoga Allah melimpahkan rezeki yg lebih dan sentiasa dirahmati Allah swt utk Encik Jafny…”

Video TikTok yang tular:

@jafnyelias Sedikit pemberian kita tapi besar maknanya dimata orang yang menerima #kitasama #jafnyelias #kindness #charity #socialexperiment #foryou ♬ Glimpse of Us – Joji