Muntah Darah Ketika Mengandung & Mimpi Ditikam, Pasangan Ini Hampir Bercerai Angkara Sihir!

Pada zaman yang serba moden ini, masih ada segelintir individu yang tidak boleh melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain sehingga bertindak untuk menggunakan ‘cara halus’ iaitu ilmu hitam untuk memecah belahkan manusia demi memuaskan hati sendiri.
Iospital phone repair gombak


Sama juga dengan apa yang berlaku kepada pasangan ini dimana terdapat seorang individu yang tidak diketahui menghantar sihir sejurus sahaja selepas hari pertama perkahwinan telah mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, sungguhpun insiden pahit itu sudah enam tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatan dia dan suami.


“Semuanya bermula pada September 2016. Beberapa jam sebelum diijabkabulkan, saya dah mula rasa tak sedap badan. Selesai majlis nikah, kami berehat di bilik kerana masing-masing kepenatan, tambahan pula esok ada majlis bersanding.”

“Suami sudah tidur tapi saya pula tak sedap badan, badan menggeletar. Saya tak boleh lelapkan mata sepanjang malam, terfikir macam-macam.”

“Ketika itu saya fikir keputusan ni betul ke, terasa menyesal kahwin dan macam-macam. Sedangkan sebelum itu ketika buat persiapan, saya seperti wanita lain yang gembira akan berkahwin,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

“Dua hari selepas majlis, saya masih rasa macam tu. Saya beritahu suami dan tanya, dia pun rasa benda sama. Rasa tak boleh dekat. Kami tak bergaduh tapi tak boleh dekat sebab panas. Umpama magnet yang menolak.”

“Sedangkan kami sebelum ini dah kenal hampir setahun sebelum kahwin, tapi apabila dah jadi suami isteri, seperti asing.”

“Tiga minggu selepas nikah dan situasi masih sama, kami bincang. Kenapa kami tak seperti pasangan lain. Saya sedih, takkan lepas tiga minggu dah nak cerai?”

“Suami kata kena usaha cari jalan. Dia telefon ayah dan ibu mentua… kami balik kampung. Ayah mentua ajak jumpa dan berubat dengan seorang ustaz di kampung,” kongsinya.

Mereka bagaimana pun berubat secara kaedah rawatan Islam dengan ustaz berkenaan selama 2 minggu. Nur berkata situasi yang dihadapinya bersama suami kian pulih, berkat usaha mengamalkan doa serta memperbanyakkan ibadah sebagaimana yang disarankan.

“Ustaz kata ada gangguan, ada orang yang tak senang… dia tak beritahu siapa dan kami pun tak nak tahu siapa kerana nak fokus berubat.”

“Lima bulan kemudian saya mengandung. Tak sangka, kami diuji kali kedua. Pada mulanya saya mimpi ada orang tikam belakang badan. Macam real. Saya tak sedap hati sebaik tersedar.”

“Tambahan pula saya sakit belakang pinggang sebelah kanan sampai ke hospital kerana bimbangkan kandungan. Saya juga dua kali muntah darah. Syukur Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius dan kandungan okay,” ceritanya yang kini mengusahakan bisnes hijab secara dalam talian.”

Lebih menghairankan, lima hari selepas mimpi aneh itu, suaminya pula diserang sakit misteri di bahagian tangan sebelah kanan.

“Dia rasa sakit dan gatal. Nampak kulitnya merah bertompok tapi tak ketara. Makin hari kulit lengannya yang bertompok merah bertukar gelap dan besar.”

“Kami berdua sepakat ke hospital… saya sampai jalan membongkok sebab sakit pinggang tapi doktor periksa, tiada apa-apa.”

“Suami ditahan di wad tiga hari dan saya temankannya. Ujian darah dilakukan tapi doktor pun tak tahu apa punca tangannya gelap. Selepas dibenarkan keluar, kami sekali lagi pulang ke kampung dan berubat dengan ustaz yang sama,” ujarnya.

“Selepas saya selamat bersalin anak sulung, suami kena berkhidmat di selatan tanah air. Kami pun berpindah dari Selangor ke selatan, ibarat nak mulakan lembaran hidup yang baru di negeri orang.”

“Alhamdulillah, selepas insiden itu, jodoh kami masih panjang dan kini dikurniakan dua cahaya mata. Saya sekadar nak berkongsi kisah di TikTok, dalam masa yang sama bertujuan nak sampaikan mesej kepada pasangan yang lalui ujian sama.”

“Mesejnya, jangan give up. Semua orang, semua pasangan ada ujian. Ada yang diuji pada lima tahun terawal, tapi kami pula diuji betul-betul selepas bernikah. Mungkin ada yang tak senang, mungkin ada khilaf tanpa kami sedari.”

“Kuncinya, jangan ikutkan amarah, sentiasa berbincang cari penyelesaian dan berfikiran positif. Fikirlah Allah akan balas ujian ini dengan hikmah dan ganjaran yang lebih lagi,” ujarnya.

Video yang tular:

@nurainleyDerita sihir namun Allah selalu memberikan hikmah yang terbaik untuk HambaNya♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

@nurainleyDerita sihir Part last. Kejadian ni 2016 – 2017. Alhamdulillah sekarang kami sihat sepenuh nya. 💕♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾