“Murah rezeki owner” Hidang Nasi Goreng Tinggi Membukit & Penuh Pinggan, Kedai Makan Ini Jadi Tumpuan

Bagi siapa yang suka ‘food hunting’ bersama rakan-rakan, keluarga mahupun pasangan, sudah tentu akan mencuba menu-menu terbaru yang menjadi bualan orang ramai bukan?

Umum kita tahu, penjual yang membuka warung tepi jalan sehingga ke restoran besar akan dikenali ramai dengan ‘kuasa viral’ netizen Malaysia. Sudah pasti ini akan mendatangkan untung kepada ‘owner’ kedai.

Begitu juga lah dengan gerai ‘viral’ baru-baru ini dek kerana ianya menghidangkan makanannya yang dikatakan penuh sepinggan macam bukit membuatkan ramai ingin mencubanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @amirulrahimxyon, kelihatan dia sedang menikmati makanan di sebuah kedai yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam bersama-sama rakannya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila portion nasi setiap pinggan di meja mereka dihidangkan dengan sangat banyak. Hidangan sepinggan seolah-olah boleh dimakan untuk 3 orang dewasa.

Bukan itu sahaja, lauk yang ada di dalam pinggan itu juga kelihatan banyak dan sama sekali tidak kedekut.

“Ya Allah banyak betul nasi kedai ni, moga murah rezeki owner meniaga,” katanya menerusi kapsyen.

Ekoran itu, rata-rata netizen memuji sikap pemurah ‘owner’ Nasi Bukit kerana tida lokek untuk menyajikan makanan yang murah dan sedap.

Video yang tular di TikTok:

@amirulrahimxyon ya Allah banyak betul nasi kedai ni moga murah rezeki owner meniaga 🤲🏼 #fyp #NasiBukit #PadangJawa ♬ original sound – AmirulRahimxYon

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.1M tontonan, 248.2K tanda suka, 7166 komen dan 10.9K perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tercengang dengan portion yang dihidangkan oleh kedai tersebut dan ramai yang memasang niat untukk ‘serbu’ ke kedai tersebut bagi menikmati makanan di sana.

 

“dia punya level pemurah tu lain macam ya..”

“customer habis tak habis lain cerita yangpenting customer puas hati”

“macam nak makan seminggu”

“korang kena try nasi goreng ikan masin dia”

“saya diet harini so saya makan sepinggan je..”

“memang sedap should try guys”

“pernah makan sini nak jimat dengan kawan share duit”

“1 pinggan boleh share bertiga wehhhh”

“murah plus banyak gila!!!!”

Tak boleh jadi ni, meleleh air liur baca feedback kedai ni, jom ajak member-member serbu sekali! hehehehe

Kredit: YOY Network