Naik Helikopter Ke ‘Private Island’, Wanita Habis RM300K Sambut Hari Jadi Anak Ke- 4 Tahun

Sebut sahaja soal sambutan hari lahir, insan yang paling gembira adalah kanak-kanak. Yalah mana tidaknya masa inilah untuk mereka merasakan pengalaman yang datang setahun sekali dalam hidup mereka.

Pelbagai cara ibu bapa untuk meraikan hari yang istimewa itu buat anak mereka, asalkan anak mereka gembira.

Namun bagi pasangan yang menceburi bidang perniagaan ini, mereka menyambut kelahiran anak mereka dengan menaiki helikopter

Baru-baru ini tular di laman TikTok @farahwen kelihatan keluarganya menaiki helikopter berangkat ke private island milik YTL untuk menyambut hari jadi anak mereka yang berusia 4 tahun.

Menerusi video tersebut terlihat satu ucapan gergasi yang boleh dilihat dari atas pandangan udara.

Ucapan itu ditulis di atas pasir di tepi pantai pulau persendirian itu yang berbunyi “Happy Birthday Ali” Selamat Hari Jadi Ali.

Menurut mStar, ibu kepada dua orang anak ini yang dikenali sebagai Farah MJ berkata dia bersama keluarga menaiki helikopter dari Kuala Lumpur ke pulau persendirian di Pangkor, Perak baru-baru ini.

Pada awalnya dia hanya ke pulau tersebut untuk menyambut hari jadi anak mereka, tetapi tidak disangka pihak resort membuat kejutan buat anaknya  sempena ulang tahun kelahiran anak mereka.

“Kami sekeluarga bercuti ke private island untuk meraikan hari jadi anak sulung saya. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke pulau mengambil masa kira-kira sejam.

“Bila dah sampai pulau sebelum mendarat, kapten tiba-tiba beritahu nak bawa kami pusing-pusing pulau dahulu, Kapten kemudian cakap ada suprise kat depan dan minta kami tengok ke bawah, nampak ucapan birthday untuk anak yang ditulis atas pasir.

“Pihak resort memang tahu kedatangan kami untuk sambut birthday anak, tapi tak sangka ada suprise. Saya sendiri terkejut dan terharu.” jelas Farah kepada mStar.

Tambahan usahawan dalam bidang eksport dan import itu, mereka bercuti selama empat hari dan tiga malam. Pelbagai aktiviti menarik mereka lakukan sempena meraikan hari jadi anaknya.

Video yang tular di laman TikTok:

@farahwen Jom ke Private Island..sempena birthday Ali yang ke-4 thn. Alhamdulillah..🥰 #fyp ♬ Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3J tontonan, 154.6K tanda suka, 2453 komen di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpendapat bahawa anak Farah ini beruntung kerana sejak dari kecil sudah menaiki helikopter.

Bukan itu sahaja ada juga menitipkan doa buat keluarga ini moga sentiasa berbahagia dunia akhirat.

Antara komen warga netizen:

 

Sumber: mStar, TikTok @farahwen