“Naik kapal terbang ambil vaksin” Remaja Ambil Vaksin Di Amerika Jadi Perhatian Netizen

Seperti yang diketahui umum, penularan wabak pandemik C19 di negara kita masih di tahap membimbangkan.

Oleh itu, beberapa langkah pencegahan telah dipraktikkan seperti penjarakan sosial dan pengambilan vaksin yang bersesuaian untuk mengekang penularannya.

Membantu imunisasi badan untuk lebih kuat

Kebanyakan negara menyarankan setiap rakyat mereka untuk menerima vaksin mengikut keadaan badan masing-masing.

Ini adalah untuk menguatkan sistem imunisasi dalam badan apabila dijangkiti virus berkenaan.

Terbaru, tular di laman Tiktok seorang gadis bernama Sabrina Balkhishah yang memaparkan perjalanannya mengambil vaksin bersama abang kandungnya.

Terbang ke Amerika Syarikat ambil vaksin

Menerusi video bekenaan, dia turut merekodkan momen-momen indah untuk dijadikan kenangan seperti individu lain.

Namun, video tersebut telah mendapat perhatian netizen oleh kerana dia dan abangnya menaiki kapal terbang dari Pulau Pinang menuju ke Amerika Syarikat untuk mengambil vaksin dos pertama.

Gadis ini jelasnya mengapa dia mengambil vaksin di luar negara

Perkongsiannya video gadis ini di aplikasi TikTok turut mencetuskan tanda tanya netizen bagaimana dia dan abangnya boleh mendapat vaksin di luar negara.

Bagi menjawab pelbagai persoalan yang timbul, gadis tersebut kemudiaanya membuat satu lagi posting berkenaan isu tersebut.

Dalam video tersebut, pelajar UiTM ini turut menjelaskan apa yang berlaku sehingga dia dan abangnya mengambil keputusan untuk mendapatkan vaksin di luar negara.

Dia dan keluarga menetap di Amerika Syarikat sejak 5 tahun lalu

Menurut Sabrina, dia dan keluarga telah menetap di Amerika Syarikat sejak 5 tahun yang lalu.

Dia dan juga abangnya telah pulang ke Malaysia pada bulan Mac untuk menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara.

Pulang ke pangkuan keluarga 

Oleh kerana pandemik dan juga cuti semester, dia dan abangnya membuat keputusan untuk pulang semula ke Amerika.

Malah mereka juga mengambil keputusan untuk mendapatkan vaksin disana menghabiskan cuti untuk beberapa bulan untuk tinggal bersama keluarganya.

Bapanya bertugas di jabatan kedutaan Malaysia

Katanya lagi, mereka berpindah ke Amerika oleh kerana bapanya mempunyai tugas di pejabat kedutaan Malaysia di sana.

Malah, Sabrina juga ada memberitahu dia dan abangnya telah mendaftar vaksin di Malaysia.

@sabrinabalkhishahmy arm is still sore from the vaccine♬ original sound –

Tarikh vaksinasi jatuh pada hari yang sama dengan penerbangan mereka

Namun begitu,  tarikh vaksinasi tersebut jatuh pada hari yang sama dengan penerbangan mereka ke Amerika Syarikat.

Disebabkan itulah mereka mengambil keputusan untuk mengambil vaksin di sana kerana lebih mudah.

@sabrinabalkhishahReply to @irfnjufrii let me clear things up 🙂♬ original sound –

Kredit: Yoy.My

Default image
admin
Articles: 750