“Nak didik anak perlu ilmu”, Cara Lelaki Ajar Anak Kecil Suka Memanjat Raih Pujian Netizen

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, mereka sudah pastinya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi sehingga ingin mencuba semua benda yang ada di rumah.

Iospital phone repair gombak

Sebagai contoh, memanjat tangga, pagar rumah dan sebagainya. Perkara ini semestinya akan menimbulkan rasa stress di kalangan ibu bapa. Ya lah, kita fikir keselamatan anak-anak. Pun begitu, semua masalah pasti ada solusinya.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi tip untuk mengawal kanak-kanak yang suka memanjat. Menerusi video yang dimuat naik memaparkan anak perempuannya ligat memanjat grill pintu.

Menurut lelaki itu, dia akan memberikan pujian dan kepada anaknya yang berjaya memanjat pada tahap itu sebagai tanda sokongan sebelum memintanya untuk turun perlahan-lahan.

Dalam pada itu, sebaik sahaja anaknya selesai turun dengan sendirinya, dia tidak lupa mengucapkan ‘good job’ di atas usahanya itu. Menurutnya, ibu bapa perlu memahami anak-anak dan sentiasa mencari cara untuk membuatkan mereka faham apa yang disampaikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ibu bapa meluahkan turut mengalami situasi yang sama. Selain itu, situasi dalam video berkenaan secara tidak langsung mengimbau kenangan lama netizen yang pernah dimarahi oleh ibu bapa mereka semasa kecil.

Bagaimanapun, cara lelaki ini dipuji kerana memilih untuk mendidik berbanding marah. Ada juga yang meminta lelaki ini untuk berkongsi tip yang lain pula dalam menjaga anak kecil di rumah.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nak tips tanak bagi sepahkan barang plak😂”

“dah kena sorak camtu esok lusa naik lg tinggi 😂”

“bila ada ilmu, cara kt respon dgn situasi pun berbeza 👍👍👍”

“Kena sabar lebih dengan anak anak ni”

Video yang tular di laman TikTok

@adnanfaisalrauf Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun 🥰 . Kita kena faham anak-anak dan sentiasa cari cara supaya dia faham kita. Tak boleh harap dia akan faham sendiri. Nak didik anak perlu ilmu, nak buat apa apa pun perlu ilmu. Adnan tak banyak ilmu pun. Cuma share apa yang Adnan rasa baik untuk di share. 🥰 . #toddler #parenting ♬ original sound – Adnan Faisal