Nak Ragut Beg Gadis, Sekali Motor Peragut Dibawa Lari

Kejadian ragut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja baik lelaki mahupun perempuan. Selain itu, kejadian ini juga boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kiralah tempat tersebut sunyi mahupun ramai orang.

Namun persoalannya, apakah tindakan yang akan kita ambil jika kita tiba-tiba diragut? Adakah kita akan terus menghubungi pihak polis ataupun sebaliknya?

Kejadian yang mencuri perhatian ramai wargamaya baru-baru ini memaparkan seorang gadis sedang dalam perjalanan ke pejabat tempat kerjanya telah diragut oleh dua orang lelaki yang menaiki motosikal.

Gadis yang menjadi mangsa ragut tersebut dikenali sebagai Sania sedang dalam perjalanan ke pejabat pada awal pagi. Dia kelihatan sedang leka membuat sebuah panggilan telefon.

Tak sampai beberapa saat dia sampai di depan pejabat ingin menunggu rakannya, dia terus diragut oleh dua orang peragut. Seorang daripada peragut tersebut telah bertindak turun dari motosikal lalu terus menarik beg galas yang dibawa Sania.

Tak mudah mengalah, Sania pun bergelut dengan si peragut untuk mendapatkan semula beg galasnya.

Bimbang melihat pergelutan tersebut, seorang lagi peragut yang masih berada di atas motosikal cepat-cepat turun membantu rakannya itu untuk mendapatkan beg galas Sania.

Sania yang tahu akan kemampuannya melawan peragut tersebut lemah, dia terus melepaskan beg galas yang direbutnya tadi bersama dua orang peragut tersebut dan terus membawa lari motosikal yang ditunggang mereka untuk mendapatkan bantuan.

Apa yang membuatkan wargamaya kagum dengan gadis tersebut adalah apabila dia dapat berfikir dengan cepat dan bertindak pantas walaupun dalam keadaan yang sangat mencemaskan!

Kejadian tersebut telah dirakam oleh CCTV pejabat tempat kerjanya iaitu Pejabat Vecha. Pekerja yang bertanggungjawab menjaga CCTV tersebut juga turut tertawa melihat kejadian tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsi oleh pengguna Instagram bernama @memomedsos itu telah meraih tontonan sebanyak 135 ribu kali diikuti dengan 6610 tanda suka dan 439 komen!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di Instagram

Kredit: YOY Network