“Nak syurga kena masuk sini” Aliff Syukri Buntu Anak Menangis Enggan Masuk Tahfiz

Semestinya sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk pembelajaran anak-anak dimana seimbang ilmu dunia dan akhirat.

Oleh itu, ramai yang mula merancang aliran pendidikan buat anak anak sejak awal lagi.

Sama juga seperti Datuk Seri Aliff Syukri yang lebih memilih pembelajaran ke sekolah berasrama penuh jenis tahfiz agar dua orang cahaya mata kesayangannya dapat mendalami ilmu akhirat dengan sebaiknya.

 Perasaan sedih terlihat di raut wajah Ammar, siapa tidak sedih berjauhan dengan keluarga tetapi tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa perlu dilaksanakan.

“Abah tak baik.. abah nak anak-anak abah jadi yang org yg dari abah..Kalau boleh saya nak anak-anak saya berjaya di dunia dan di akhirat”

“Syukur Alhamdulillah dengan rezeki apa yang saya ada boleh saya menyenangkan anak saya didunia ni..

“Semoga dengan menghantar anak saya di maktab asrama penuh beragama ini, boleh menjadikan anak saya lebih baik dan menjadi seorang Al-Hafiz dan Hafizah yang hartawan dan budiman”

“Ini baru hanya pengenalan, jenuh saya memujuk mereka untuk ke asrama penuh tahfiz ini, sebanar ya teramat-amat susah, tak tahu saya macam mana nak memujuk mereka..

“Saya dah pening, adakah cara nak pujuk mereka..sy pun sedih nak hantar.. ni sy baru Survey tahfiz yg terbaik..utk mereka.. doakan kami berjaya didik mereka dan masukkan mereka..”

Menerusi video tersebut Ammar kelihatan menangis teresak-esak kerana enggan masuk ke Tahfiz tersebut walaupun difahamkan institusi pendidikan tersebut dikatakan sebagai pilihan terbaik untuk mereka berdua.

Dato Alif juga mengakui sudah buntu bagaimana cara untuk meyakinkan kedua anaknya itu bahawa ini jalan yang terbaik buat mereka.

Dalam masa yang sama Datin Seri Nur Shahida sempat memberi pesanan dan menerangkan ini merupakan peluang untuk masuk ke syurga namun tetap gagal.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat yang berbeza-beza daripada pelbagai sudut.

Ada yang menyokong tindakan Dato Seri Aliff dan Datin Seri Shahida yang ingin anak mereka mempelajari ilmu agama.

Namun dalam masa yang sama ada juga segelintir warga netizen yang tidak bersetuju dengan cara pasangan ini yang disifatkan ‘memaksa’ mereka untuk masuk ke pusat Tahfiz tersebut.


Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917