“Nampak tu Tok Ayah” Anak Nampak Arwah Atuk di Kubur, Reaksi Ibu Buat Netizen Sebak

Tidak dinafikan budak kecil memang akan ada yang hijabnya terbuka dan  mempunyai ‘deria keenam’ yang membenarkan mereka nampak benda-benda ghaib.

Oleh itu apabila budak kecil memberitahu bahawa mereka ternampak sesuatu yang ganjil, sesetengah ibu bapa akan risau kerana anak mereka mungkin bercakap benar.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki mekalumkan kepada kedua ibu bapanya bahawa dia terlihat atuknya meraih perhatian ramai.

Difahamkan, mereka sekeluarga pulang ke kampung dan menziarahi pusara arwah ayah mereka.

Namun apa yang mengejutkan adalah budak lelaki tersebut secara tiba-tiba menuding jari ke arah pokok sambil berkata dia nampak atuknya yang digelar Tok Ayah.

“Haa, tu tok ayah. Nampak lah tu tok ayah”, katanya.

Namun ibu kepada budak kecil ini mengawal situasi tersebut dengan tenang dan meminta anaknya untuk memberitahu atuknya bahawa dia datang melawat atuknya.

“hi tok ayah, afi datang ni tengok tok ayah.”

Siapa sangka, Respon tenang ibunya itu nyata mengundang sebak warga netizen.

Video yang tular di TikTok:

@fhnaddd73 Rindu tok ayah agaknya #prematurebaby #exprem28weeks #fypシ ♬ original sound – Fhnaddd

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 504.5K tontonan, 51.3K tanda suka, 474 komen dan 357 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan video tersebut dan ada juga yang menyifatkan bahawa atuknya sangat rindu akan cucunya itu.

“tok ayah rindu kat cucu mungkin Allah beri kesempatan”

“macam anak buah aku.. tengah lepak2 .. tiba-tiba berlari cakap atukk.. berlari macam nak peluk tapi tak ada sesiapa pun..”

“betul lah tu apa dia nampak, orang dah pergi ni dia tahu kedtangan kita dengan siapa kita bawa, dia tahu siapa ziarah dia.. dia gembira”

Semoga roh atuk nya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah