Nasi Lama Tak Dikeluarkan Dah Masak Baru, Perangai Malas ‘Next Level’ Ini Buat Netizen Kurang Senang

Nasi putih dihidang bersama pelbagai jenis lauk merupakan makan ruji masyarakat kita bahkan ada orang yang hidup dia kalau sehari tak makan nasi, boleh lembik habis satu badan.

Kalau bab masak nasi ni ada saja masalah kalau tak kena caranya. Nasi lembik lah, nasi kering lah, jadi keras macam batu, nasi sudah jadi bubur pun ada juga. Sebab tu, banyak cara yang boleh digunakan untuk masak nasi dan yang paling famous adalah sukat air dengan jari. Ni memang legend!

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu berkongsi satu video memasak nasi tanpa berlakunya pembaziran mengundang perdebatan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @hvziqyusoff, dia mengulas tentang sebuah video di TikTok dimana wanita itu tidak mengeluarkan saki baki nasi yang berada di dalamnya ketika memasak nasi baru.

Dapat juga kita lihat, individu tersebut telah meletakkan beras bersama air ke dalam periuk nasi tetapi kelihatan baki nasi yang dimasak sebelumnya masih ada dalam periuk tersebut.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menganggap ianya satu perkara yang menjijikkan namun ada juga yang merasakan perbuatan tersebut adalah untuk mengelakkan pembaziran.

Kembang tekak. Nyaahh kau tak basuh beras kee, main letak air terus. Terasa asli air beras. – netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga berasa geli kerana merasakan baki nasi tersebut sepatutnya dikeluarkan terlebih dahulu dan barulah masak nasi yang baru.

BACA: “Bakar patung tu” Tangan Misteri Belai Rambut Budak Bikin Bulu Roma Meremang

Antara reaksi warga maya: