“Nasib mak tak perasan..” Sedang Peniaga Rojak Asyik Rakam Operasi Perniagaannya, Tiba2 Suatu Kejadian Tak Disangka Terjadi..

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia kini sedang melalui fasa endemik dan wujudlah pelbagai pesta atau festival yang boleh disambut oleh orang ramai.

Iospital phone repair gombak

Misalnya baru-baru ini, terdapat satu festival makanan Thai Food Festival yang memperkenalkan makanan dari negara seberang iaitu Thailand.

Difahamkan, Thai Food Festival ini diadakan dari 16 Disember hingga 25 Disember bertempat di Giant Putra Height.

Terbaru, tularnya sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh salah seorang peniaga di situ.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @syoawsome.co, sedang dia asyik merakam gerainya itu tiba-tiba berlaku suatu kejadian yang tidak dijangka berlaku di dalam rakamannya itu.

Dikatakan bahawa video itu dirakam oleh seorang peniaga rojak yang sedang merakam operasi perniagaannya.

“Tengah rekod berniaga, tiba-tiba.. Korang nampak tak?” tulisnya di dalam video tersebut.

Rupa-rupanya apa yang dapat dilihat dalam video tersebut ialah gelagat sepasang adik beradik yang dipercayai bergaduh sehinggakan salah seorang daripada mereka menarik tudung adik beradiknya itu sehingga tudungnya itu tertanggal.

Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah dua beradik itu dan berseloroh mengenai situasi tersebut.

Manakala, ada warganet yang berkongsikan kisah pengalaman mereka yang serupa dengan telatah adik beradik berkenaan.

Antara komen netizen:

“Ank saya gaduh tiba2 yg abg dia saje nk bgi adk bongsu dia nangis dia ckp “dh la ank angkat” penat aku czer korg memandai ckp ank agkt😂😂😂”

“Nasib mak dekat depan tak perasan,kalau perasan kena cubit sedasss 😂”

“yaallah penat la aku gelak , tkpe dik kita sama pernah buat 😂😂”

“mestti yang kene tarik tudung tu dlm hati ada sebakul makian HAHAHAHA”

“😂😂sejibik mcm ank dara kami time2 nak melawa p tarik2 tudung kalut nak sarung balik dh la nak pkai pun seksa 😁lantakk p kuat sgtt gaduh”

Video TikTok yang tular:

@syoawsome.co THAI FOOD FESTIVAL 📍GIANT PUTRA HEIGHT , 16 – 25 DISEMBER 2022 #foodie #smallbusiness #fypシ #mathafthaistreetfoodfestival #thaifoodfestival ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey