[VIDEO] Terlalu Risaukan Isteri Nak Bersalin, Suami Nazar Nak Biaya 100 Ibu Hamil Lain

Kehadiran cahaya mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri terutamanya yang baru mendirikan rumah tangga.

Detik kehadiran insan kecil ini juga adalah sebagai pelengkap dan memeriahkan kehidupan berdua.

Namun begitu, setiap pasangan diuji dengan pelbagai dugaan yang berbeza-beza sepanjang perjalanan mereka.

BACA: “Manja dengan Mama sebelum pergi,” Wanita Sebak Anak 10 Bulan Dijemput Ilahi

Ada di antara mereka yang menunggu bertahun lamanya untuk beroleh cahaya mata, ada juga yang dimurahkan rezeki anak namun hanya dipinjamkan sementara.

Malah, proses melahirkan cahaya mata ini melibatkan hidup dan mati seorang wanita yang bakal bergelar ibu.

Walaupun nyawa mungkin tergadai, saat getir tetap dilalui demi melahirkan seorang buah hati yang dicintai.

Demikianlah yang dialami oleh seorang lelaki yang amat risau keselamatan isterinya, tak berhenti berdoa agar isteri dan kandungannya selamat.

Bahkan, dia sanggup bernazar untuk membiayai 100 persalinan ibu yang kurang berkemampuan supaya si isteri selamat melahirkan bayi secara normal dan sihat kedua-duanya.

Menerusi perkongsian @yusifadila, rakannya yang menanti kehadiran anak ketiga itu terllau risaukan keselamatan isteri dan anaknya.

 

“Sememangnya benar, wanita itu akan menjadi ratu jika menemukan lelaki yang tepat.

“Ini sahabatku, mahu menyambut kelahiran anak ketiga. Suaminya tak berhenti berdoa hingga bernazar jika isteri dan anaknya selamat, dia akan membiayai 100 persalinan ibu yang tidak berkemampuan.”

Di dalam perkongsian di laman Instagram lelaki tersebut, Putra Siregar, dia berniat untuk membantu ibu hamil bagi meringankan beban mereka di saat pandemik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PUTRA SIREGAR (@putrasiregarr17)

“Seharian sangat panik, bergelut dengan waktu. Takut air ketubannya habis dan bayi boleh dijangkiti.

“Dalam keadaan tersebut, kekuatan doa memang luar biasa dan dahsyat. Saya bernazar apabila anak dan isteri saya selamat dalam keadaan sihat, saya nak membantu biaya 100 ibu-ibu yang sedang mengandung untuk biaya persalinan.

“Sebabnya, saya rasa biaya persalinan ketika pandemik ini mahal. Selain susah cari duit, ada pula belanja PCR.

“Alhamdulillah isteri dan bayi lahir dengan selamat. Saya akan mula tunaikan nazar, mohon bantuan dan maklumat orang (yang memerlukan) untuk program nazar ini,” katanya.

BACA: [VIDEO] “Abah, abah, abah..” Anak Tak Berhenti Panggil Arwah Abah Dari Kubur Hingga Pulang Ke Rumah

Klip video tersebut menjadi tular dan membuatkan netizen tersentuh dengan layanan serta nazar lelaki berkenaan.

Video tular di laman Tiktok

@yusifadilaMasha Allah 🥰 ##bumil ##fyp ##melahirkan ##pstore ##jakarta♬ Mimpi Terindah cover by Feby Putri – 💚✨

Malah, ramai juga yang mendoakan agar semua urusannya dipermudahkan untuk menunaikan nazarnya.