Nenek Seronok, Tak Payah Keluar Rumah, Pengusaha Houseboat Terus Parking Bawah Air Terjun!

Tidak kira pangkat umur, pasti ramai yang gemar untuk mandi air terjun, bukan sahaja sejuk malah ‘vibe’ dengan bunyi derusan air sungai juga membuatkan kita tenang mendengarnya.
Iospital phone repair gombak
Jadi, sesuailah bagi mereka yang nak ‘healing’ ataupun bermandi manda bersama keluarga kan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang nenek berkain batik yang begitu seronok ‘disirami’ air terjun dari atas houseboat yang disewa ahli keluarganya mencuri perhatian ramai.


Difahamkan suasana sebuah keluarga yang sakan bermain air terjun itu berlokasi di tasik kenyir yang juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Terengganu.

Memetik laporan Mstar, Sahbri Ismail, 54, yang dikenali sebagai Cikgu Sabri merupakan pengusaha houseboat di Tasik Kenyir itu tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok tersebut mendapat tontonan yang begitu banyak daripada warganet.

“Saya tak sangka tontonan video ini mencanak naik dan mendapat sambutan yang begitu hangat oleh orang ramai, sebelum ini saya ada juga muat naik video mengenai houseboat di platform media sosial lain tetapi tidaklah mendapat sambutan hangat seperti ini.”

“Memang sebelum ni ramai yang tahu tentang houseboat ni, tapi selepas video di TikTok ni tular, Alhamdulillah kami tak putus-putus terima panggilan daripada orang ramai bukan sahaja dari dalam negara malah pelancong luar negara juga turut bertanya.”

“Saya amat gembira mengetahui perkara ini sekali gus membuatkan perkhidmatan sewa houseboat di Tasik Kenyir semakin popular dan dikenali ramai,” katanya


Bercerita lanjut mengenai aktiviti ‘parking’ houseboat sambil mandi air terjun, Cikgu Sabri berkata apa yang ditawarkan kepada pengunjung itu bukanlah benda baharu tetapi mungkin ramai tidak tahu ia telah wujud sejak 2016 lagi.

“Sebenarnya, saya dah tawarkan perkhidmatan parking houseboat di bawah air terjun ini sejak dahulu lagi, cuma kini makin dikenali dan mendapat sambutan hangat.”

“Apa yang pengunjung perlu tahu, ia tak dapat dilakukan sepanjang masa tetapi hanya boleh dilakukan sewaktu musim air surut sahaja.”

“Selain aktiviti tersebut, ada juga aktiviti lain seperti memancing, lawatan ke taman herba, karaoke, BBQ, sukaneka dan sebagainya,” katanya yang mengusahakan Buyong Houseboat.”


Turut berkongsi pengalaman manis, dia juga akui hal tersebut membuatkannya lebih bersemangat untuk memajukan perkhidmatan ini.

“Antara kenangan manis, saya berjaya ubah houseboat biasa menjadi lebih selesa dengan pelbagai kemudahan. Pada awalnya kebanyakan houseboat tak cukup lengkap dan kurang selesa untuk para pelancong.”

“Alhamdulillah, dari dulu hingga kini tak ada lagi perkara-perkara buruk yang terjadi semasa saya menguruskan houseboat ini, kami sentiasa dapat feedback positif daripada pengunjung,” katanya yang merupakan pesara guru vokasional.

“Pelancong tak perlu takut atau risau untuk bercuti atas houseboat kerana sepanjang percutian mereka akan ditemani bebeerapa kru yang amat berpengalaman. Houseboat juga dikelilingi pagar,” ujar pengusaha yang berasal dari Kampung Paloh Kuala Terengganu tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@buyonghouseboat Bukan main seronok lagi makcik 😂 #buyonghouseboat#viralvideo #viraltiktok #visitbeautifulterengganu #kenyir #pilotair⛴ #foryoupage #viral #trendingsong #amazingterengganu ♬ Hanya Aku Yang Mencintaimu Guitar – Muaji N.A