Netizen Kagum Akan Faizal Tahir Dan Isteri, Redha Dikurniakan ‘Anak Syurga’ Ke-7 Mereka

Setiap anak adalah amanah Allah buat kedua ibu bapa. Memperoleh anak yang kurang upaya mahupun istimewa itu hanya dikuriakan buat insan terpilih sahaja. Ia merupakan satu anugerah terbesar buat mereka.

Tidak semua mampu mendidik dan menjaga sedari lahir sehingga anak- anak itu besar dewasa kerana sudah tentu anak- anak seperti ini memerlukan perhatian yang lebih serta didikan yang berbeza daripada anak- anak kelahiran normal.

Penghujung tahun lepas, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir berkongsi melalui satu hantaran di laman milik Instagramnya bahawa dia telah selamat menimang cahaya mata ketujuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Menerusi video itu Faizal berkongsi khabar gembira tersebut di media sosial dengan mengucapkan rasa syukur atas kelahiran anak ketujuhnya itu.

Setelah hampir beberapa bulan kelahiran anaknya, Faizal Tahir baru sempat bercerita panjang berkenaan cahaya mata yang lahir pada Disember 2021.

Menurut penyanyi itu, dia dan isteri telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Maryam Tahirah binti Ahmad Faizal.

Tambahnya lagi, Doktor telah mengesahkan anaknya itu mempunyai down syndrome.

Sungguhpun Mariam Tahirah dilahirkan begitu, namun bagi Faizal ianya adalah anugerah yang teristimewa buat dia dan isteri.

Faizal tidak sama sekali berasa terbeban dan telah bersedia dari segala hal sejak doktor mengesan beberapa komplikasi terhadap kandungan isterinya.

Dalam pada itu, aktivis kemanusiaan terbabit juga akui yang dia tidak pun menyorok hal tersebut dan sering berkongsi keadaan anaknya kepada sahabat handai, rakan sekerja serta ahli keluarga.

Apa yang membuatkannya lebih selesa menerima ‘anak syurga’ itu adalah kata-kata positif daripada semua pihak yang tak henti-henti memberikan semangat buatnya sekeluarga.

Perkongsian itu telah memberikan inspirasi terhadap warganet dan rata-rata netizen menitipkan rasa syukur dan mendoakan buat keluarga Faizal Tahir.

“Hebatnya Mariam.. malaikat kecil kiriman Allah SWT”

“Terima kasih atas perkongsian yang menyentuh hati..”

 

Sekadar info, Faizal Tahir dan isteri, Siti Raihanim Rohan mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.

Pasangan tersebut dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid, Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah, Siti Nawar Malaikha dan Maryam Tahirah yang dilahirkan pada Disember 2021 lalu.

 

Sumber: Instagram @faizal_tahir