“Kenapa pulak ni?” Netizen Korek Status Facebook Ahmad Firdous, Abang Siti Sarah

Tidak dapat disangkal lagi media sosial kini sangatlah mudah dan pantas dalam mendapatkan apa sahaja info yang diingini tatkala netizen juga tidak kurang hebatnya.

Umum mengetahui selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, abangnya Ahmad Firdous Raisuddin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU) akibat jangkitan wabak C19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Walau bagaimanapun, Ahmad Firdous yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang sudah sedar, jam 9 pagi beberapa hari lepas.

Perkara itu disahkan isteri Ahmad Firdous kepada syarikat pengurusan, Indigital Music.

Pengurus Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, keadaan Ahmad Firdous semakin stabil dan dikehendaki menjalani senaman untuk menguatkan paru-paru.

“Alhamdulillah, Ahmad Firdous sudah sedar. Isterinya memberitahu suami menghubunginya sendiri untuk memaklumkan keadaan perkembangannya terkini, pagi ini.

“Ketika sedang bercakap dengan Ahmad Firdous, isteri terdengar jururawat memanggil suami untuk melakukan senaman paru-paru,”

Sebelum ini, keadaan Ahmad Firdous dikongsi Shuib menerusi laman Instagram (IG).

“Abang ipar dimasukkan ke ICU dan ditidurkan pada jam 5 pagi, semalam. Kira-kira jam 11 pagi, isteri Ahmad Firdous menghubungi dan memaklumkan keadaannya tidak berapa baik.

“Doktor juga menjelaskan situasi dialami abang ipar hampir sama dengan arwah Siti Sarah kerana paru-parunya tidak baik,” katanya.

Bagaimanapun, perkembangan terkini Ahmad Firdous dikongsi Shuib dalam IG, dengan memaklumkan gembira berkenaan.

“Allahuakbar. Allah Maha Besar. Syukur dah buka mata. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan.

“Tapi kita sambung lagi doa yang lain yang sedang bertarung nyawa. Kita nak semua orang kembali sihat.

“Balik jumpa keluarga. Amin.. Syukur Ya Allah,” tulis Shuib.

Terbaharu, warga netizen telah menelaah akaun Facebook milik Firdous dan meneliti beberapa status yang dimuat naik olehnya dari tahun lalu tular di laman Twitter.

Sebelum ini, Ahmad Firdous didakwa pernah beberapa kali memberikan pandangan tentang pengambilan vaksin di status Facebook.

“Hahahhahaha vaksin dari China dah ada, cuma nak test lagi buat kali terakhir sebelum dijual.

“Adoii, vaksin dah siap lama cuma kau nak habis masa 2021. World New Order. Kasi hancur dulu mati biar ramai, ekonomi bagi hancur, pinjam duit bagi imf kaya.

“Negara ada vaksn akna super kaya. China oh china habis satu dunia kau games.”

“Alhamdulillah kemenangan bagi umat islam di Palestin. HARUS beringat C19 sedang melanda dunia. Hati-hati berkumpul macam ni boleh jadi penyebaran virus dengan cepat.”

Rata-rata netizen melabelkan bahawa dia adalah anti vaksin kerana beberapa postingnya seakan-akan meragui vaksin dan initiatif kerajaan telah menjadi tanda tanya kepada warga netizen.

Namun Ahmad Firdous juga memuat naik keadaan terkini dirinya yang turut menerima rawatan sebagai pesakit C19 di salah sebuah Hospital di Serdang sebelum beliau ditidurkan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah tujuan netizen berkongsi semula pandangan Ahmad Firdous di ruang Facebooknya sebelum ini.

Sekadar info, Ahmad Firdous iaitu abang kepada Allahyarham Sit Sarah telah dijangkiti wabak C19 dua hari selepas pemergian arwah. dia telah dimasukkan ke ICU pada keesokkan harinya dan dijangka stabil pada hari jumaat yang lalu.

Allahyarhamah Siti Sarah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Kredit: YOY.MY