“Netizen tak akan sibuk2 kalau keluarga sis tak bising2 kat IG Story,” – Netizen

Semalam, Neelofa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab segala spekulassi tentang status hubungannya dengan PU Riz. Menurutnya, kesemua dakwaan terhadapnya itu tidak benar sama sekali. Tambahnya, dia berharap orang ramai memberi ruang dan tidak membuat sebarang sepkkulasi.

Rentetan daripada kenyataan yang dikeluarkan Neelofa, segelintir netizen mendakwa bekas pengacara ‘Meletop’ itu seharusnya memberi nasihat dan teguran buat ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum menyalahkan netizen. Ini kerana, netizen mendakwa kontr0versii tersebut tercetus apabila mereka melihat posting dan tindakan ahli keluarga Neelofa yang ‘unfollow’ PU Riz di Instagram.

Di Twitter, rata-rata netizen mendakwa k0ntroverrsi yang berlaku tersebut berpunca daripada keluarga Neelofa. Mereka juga mendakwa, keluarga Neelofa sepatutnya bertenang dan menunggu keputusan daripada tuan empunya badan terlebih dahulu. Tambah netizen, keluarga Neelofa tidak perlu membuka ‘cerita’ kepada umum.

Menerusi mesej tersebut menceritakan Neelofa sudah selamat berkahwin dengan Hariss di Kelantan, berwakil wali bapanya sendiri. Tidak berakhir di situ, mesej itu juga menceritakan Neelofa menghabiskan duitnya sebanyak RM100k kepada Harris dan sedang menetap di rumah bakal suaminya.

Lagi menghairankan apabila, mereka turut mendakwa Neelofa sudah terkena minyak pengasih dan terpaksa akur dengan segala permintaan tunangnya.

Namun, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi kenyataan media yang dibuat semalam. Jelas tuan empunya badan, segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Menerusi kenyataan media itu juga, beliau meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan segala mesej-mesej yang disebarkan.

Sebelum ini, majlis merisik telah diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail dan seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun begitu, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta kini turut bergelar sebagai seorang pelakon.