Netizen Tuduh Ayda Jebat Tinggal Sebumbung Dengan Tunang, Ini Jawapan Ayda

Pelakon kegemaran ramai Ayda Jebat telah mengikat tali pertunangan dengan Nabil Mahir dua bulan lalu. Berita gembira itu turut dikongsi menerusi Instagram pelakon tersebut.

Muat naik video momen mesra di Instagram

Menerusi instagram, Ayda Jebat dan Nabil Mahir sering memuat naik video momen mesra mereka dan menghabiskan banyak masa bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun begitu, timbul pula isu tidak sedap didengar apabila netizen membuat spekulasi pasangan itu tinggal sebumbung.

Belum kahwin satu rumah walaupun realiti ada ramai di rumah

Malah, netizen itu turut berkongsikan pengalamannya dimana ketika dia bertunang dahulu tak boleh sering berjumpa seperti pasangan tersebut.

“Seronoknya belum kahwin boleh satu rumah walaupun realiti ada ramai di rumah, ni berdua saja dalam video. Dulu-dulu aku bertunang jangan harap dapat jumpa macam ni selalu,” tulisnya.

Pelakon ini tidak hanya berdiam diri, komen netizen itu dibalas oleh Ayda Jebat berhubung tuduhan berkenaan.

Kita masih tak berani nak keluar sangat

Menurut Ayda, dia masih tidak berani untuk keluar rumah dalam keadaan pandemik COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya dan lebih selamat jika jumpa di rumah.

“Kita masih tak berani nak keluar sangat, takut. Jadi lebih baik jumpa, mesyuarat, penggambaran di rumah. Lebih selamat dan selesa. Tak perlu pakai mask dan sanitizer,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu iaitu bersempena dengan ulang tahun Nabil ke-32.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.