“Ni jersey masa Mommy & Daddy mula bercinta,” Rita Rudaini Imbau Kenangan Jersi Dengan Bekas Suami

Selebriti popular Rita Rudaini memberitahu dia terjumpa jersey atau baju bola sepak yang tertera gabungan namanya dan bekas suami iaitu Airit.

Mengimbau kembali mengenai kisah jersey tersebut, Rita menceritakan bagaimana nama Airit itu wujud kepada anaknya yang turut diberikan dengan nama pangkal yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Ceritanyaa..tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang…lepas tu terjumpa jersey lama..tunjuk kat Ryan dan Juna..

“Tahu tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta..daddy main dengan Negeri Sembilan..lepas tu daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi laaa nama Airit.

“Seorang team pengurusan Negeri Sembilan pun mesej mommy tanya ‘Airit’ tu apa? Itu lah sejarah bermulanya nama Arit..

“Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benua lah…Teruja mereka dengar sebab Ryan kata lamanya nama,” ceritanya.

Rita berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Rita memuat naik jersey berkenaan yang dipakai oleh anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberitahu supaya menyimpannya kerana bernilai. “Alahaii so suweet,” komen salah seorang pengikut laman sosial.

“Jangan bagi orang,ada harga jual ni,” kata salah seorang netizen.

Rita ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin,12, dan Airit Qaqa Arjuana, 10.

Dua anak itu hasil perakahwinannya bersama bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak selepas bernikah pada tahun 2008 dan berpisah pada 5 September 2013.

Terdahulu, nama Rita sekali lagi digugurkan salah sebuah produksi yang didakwanya hanya kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelakon filem popular Mami Jarum itu memuat naik perkhabaran tersebut di Instastorynya dan turut menzahirkan luahan hatinya berkenaan perkara itu.

Menurut Rita, dia mendakwa ia mempunyai unsur diskriminasi antara penerima v4ksinasi dengan individu yang belum mengambil suntikan tersebut.

“Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama pasti. Hanya kerana ‘SOP MKN’, SOP diskriminasi. Kenapa perlu ada ujian calitan lagi nak bekerja jika dah v4ksin?

“Sama sahaja dengan SOP sebelum sampainya v4ksin ini, semua patuh SOP perlu membuat ujian calitan dahulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang v4ksin pun boleh jadi pembawa. Apa bezanya?

“Okey, bezanya memang nak ‘paksa’ walaupun kata ‘tidak wajib. Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi. Yang dalam kesusahan sampai kena naik bendera putih, tak nak pergi cari. Belum v4ksin ini pula kerah usaha pergi cari rumah ke rumah,” luahnya di Instastory.

 

Mengulas lanjut, dia juga memberitahu ada pihak yang menawarkan kepadanya v4ksin palsu, namun pelakon itu menolak dengan alasan mahu mencari rezeki halal.

“Ada pihak menawarkan kepada saya v4ksin tipu-tipu untuk senang bekerja. Tetapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas. Saya tidak perlu nak tipu diri sendiri dan juga orang lain hanya untuk memuaskan SOP kerajaan.

“Kerana rezeki kita semua di muka bumi ini, Allah yang pegang. Bagi saya, ini satu ujian Dia kepada saya. Dia ingin melihat saya sabar atau kecundang dengan ujianNya.

“Rezeki kita semua sudah tertulis dan saya percaya dengan aturanNya, Dia gugurkan sehelai daun pun ada sebab. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua,” tulisnya panjang.