“Ni lain dari yang lain” Gelagat Oyen Tertidur Sampai Tergelongsor Bikin Netizen Terhibur

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Begitu juga lah dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat anak Oyen yang tergelongsor sendiri ketika terlena mencuri perhatian ramai.

Pada awalnya kelihatan dia lena tertidur di dalam sangkar tanpa mengira apa jua posisinya pada ketika itu namun tiba-tiba dia kelihatan tergelongsor tergolek ke bawah.

Video yang tular di laman TikTok:

@orenjiiiansebab dia oren♬ original sound – jian

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.6M tontonan,680K tanda suka, 12.6K komen, dan 26.2K perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan aksi spontan anak oyen yang jatuh tergolek dek kerana ‘sedap’ lena dibuai mimpi. Agak-agaknya apalah yang dimimpikannya tu kan? kikiki

Bukan itu sahaja malah para netizen juga tidak mampu untuk menafikan bahawa sememangnya oyen merupakan seekor kucing yang lain darpada yang lain ekoran ada sahaja karenah yang hendak membuatkan orang ramai berdekah.

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang turut berkongsi telah ‘yen’ masing-masing di ruangan komen.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Oyen tak pernah mengecewakan”

“oyen ni memang lahir2 untuk buat hal”

“bukan oyen la namanya kalau tak buat hal”

“oyen ni memang lain dari lain”