Niat Anak Nak Surprise Birthday, Tapi Bapa Tak Tahan Sebak Menangis Terkenang Arwah Isteri

Cinta sampai ke hujung nyawa, kasih sayang hingga ke syurga. Begitulah yang boleh digambarkan bila kita benar-benar ikhlas dalam mencintai seseorang.

Sama juga seperti kisah yang tular baru baru ini dimana detik bahagia ulang tahun kelahiran bapa ditemani airmata kerinduan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh di laman TikTok @aidaroslan_, memaparkan ‘moment’ bahagianya bersama ayahnya yang tercinta.

Dikatakan, sewaktu menunggu pesanan tiba, ayahnya dikejutkan diberi kejutan dengan cupcake yang sangat cantik dan menarik. Namun tanpa sedar airmata ayahnya gugur lalu dengan segera dikesat dengan tangan.

Anaknya yang tidak mahu melihat ayahnya sedih cuba membuat ayahnya tenang sambil mengusap lembut jari jemari.

Rupa-rupanya, lelaki tersebut terkenangkan isterinya yang telah pun dijemput pencipta.

“Happy birthday abah sayang.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki ya..terima kasih perkerja pizzahut toppen”

Difahamkan, lelaki tersebut teringat akan isterinya oleh kerana sebelum ini isterinya anatara yang selalu membuat kejutan seperti itu.

Video tular di Tiktok

@aidaroslan_ happy birthday abah sayang ❤️ semoga panjang umur & dimurahkan rezeki ya ❤️ terima kasih perkerja pizzahut toppen❤️ #fyp ♬ bunyi asal – Atul Quraidah

Dia juga turut membuat satu permintaan kepada anaknya bagi melunaskan rindunya yang terbuku.

“Birthday abah, boleh tak kita pergi hospital yang selalu mak pergi tu bila atul cuti”.

@aidaroslan_permintaan tertunai😇 buat buat lepas rindu dia kata ❤️‍🩹 btw happy birthday again abah 🥰♬ bunyi asal – Atul Quraidah

Tanpa berlengah, anaknya menemani bapanya ke hospital yang dimaksudkan itu bagi melepaskan rindu.

“Permintaan tertunai.. buat buat lepas rindu dia kata..btw happy birthday again abah” kata anaknya di kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih sebanyak 2.1M tontonan, 212.3k tanda suka, 6879 komen dan 2553 perkongsian dalam masa kurang 24 jam di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan reaksi ayahnya dan mengakui turut merasai kesakitan dalam menahan rindu terhadap seseorang yang telah pergi buat selama-lamanya.

“aku lemah betul benda berkaitan mak ayah ni.. Al-Fatihah buat arwah ayah saya…”

“rindu itu menyakitkan.. lagi-lagi rindu orang yang sudah tiada, semoga dalam kalangan yang beriman dan bertemu kembali di Syurga Allah”

“benda paling mahal adalah kenangan bersama orang tersayang”

“bapa ni, diorang berlakon kuat demi anak-anak”

“mengalir air mata aku, teringat dekat arwah abah”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917