Niat Nak Cari Rezeki Berniaga Di Lampu Isyarat, Tapi Kena Sam4n Pula

Menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat dan kaki lima seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini untuk meraih pendapatan tambahan. Tetapi lain pula kisahnya apabila beberapa peniaga telah dikenakan saman kerana menjalankan perniagaan di lampu isyarat.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Facebook Polis Daerah Taiping memaklumkan bahawa beberapa pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Taiping telah mengeluarkan saman terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan di lampu isyarat.

OPS PENJAJA JALANAN

“Taiping – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(BSPTD) IPD Taiping telah menjalankan Ops Penjaja Jalanan di sekitar pentadbiran IPD Taiping pada 5/1/2021 di ketuai oleh ASP Ng Wei Boon, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Taiping, bersama Pegawai Kanan dan 3 Pegawai Rendah Polis. Hasil ops yang dijalankan telah mengeluarkan 4 keping saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri setelah dinasihatkan beberapa kali sebelum ini. Pihak Polis juga turut menasihati agar berniaga di tepi jalan yang lapang dengan menggunakan canopy. Perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah salah satu perkara yang mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas.”

 

Hal ini kerana, ianya merupakan satu tindakan yang bahaya dan boleh mendatangkan risiko terhadap peniaga dan pengguna jalan raya.

Menurut sumber, eramai empat orang peniaga sudah dikenakan saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri dalam satu Ops Penjaja Jalanan yang dilakukan di sekitar pentadbiran IPD Taiping.

Difahamkan, sudah beberapa kali para peniaga di kawasan itu sudah diberi peringatan dan nasihat supaya tidak meneruskan perniagaan mereka di lampu isyarat sebaliknya menggunakan kanopi untuk berniaga di jalan yang lapang.

Tetapi ada di antara mereka yang masih berdegil dan tidak mengendahkan amaran oleh pihak berkuasa.