“Nissa harap Nissa orang terakhir awak guna cara ni” Terima Duit RM50 Palsu Oleh Pelanggan di Beli Dessert, Isteri Syahmi Sazli Anggap Tiada Rezeki

Dunia moden sekarang ni, duit pun boleh senang-senang sahaja dipalsukan. Walaupun tindakan berkenaan salah dan amat dilarang, namun masih ada juga segelintir individu yang tidak bertanggungjawab masih melakukannya.

Iospital phone repair gombak

Apa yang menyakitkan hati, mereka ini berani menggunakan duit palsu dalam urusan jual beli tanpa memikirkan kerugian yang bakal ditanggung peniaga. Lebih-lebih lagi kepada peniaga kecil yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Seperti yang terjadi kepada peniaga dessert dari Kota Bharu, Kelantan, Anissa Faizul baru-baru ini, dia menerima wang kertas RM50 daripada salah seorang pelanggan yang telah berkunjung ke kedainya.

Menurut wanita yang mesra disapa Nissa, juga isteri kepada YouTuber terkenal, Syahmi Sazli, pihaknya menyedari tentang wang palsu itu sewaktu sedang mengira jumlah hasil jualan harian pada 27 Oktober lalu.

“Siapa pun awak, saya halalkan makanan atau minuman yang awak beli dekat Beli Dessert.

“Khilaf Nissa dan team juga tak double check duit yang kami terima,” katanya.

Nissa menunjukkan rupa wang palsu tersebut menerusi Facebook story. Bahagian depan dan belakang wang kertas berkenaan dicetak secara berasingan dan ditampal menjadi satu.

“Saya berharap saya orang terakhir awak guna cara ni. Jangan guna cara ni dekat peniaga kecil yang betul-betul memerlukan jualan seharian… kasihan mereka.

“Saya anggap tiada rezeki dengan awak. Nanti jemputlah datang lagi Beli Dessert. Tapi, guna duit yang betul ya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dibuat Nissa, rata-rata memuji sikap Nissa yang tidak cepat melatah malah menghadapi isu tersebut dengan tenang. Selain itu, netizen turut mendoakan agar Nissa dimurahkan rezeki.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Pasang cctv hala kaunter nissa. Semoga dimurahkan rezeki nissa sekeluarga.
🤲

“mgkin dye pun tak tau tu duit palsu kot..bersangka baik je.. Semoga Allah luaskan lagi rezeki awk dan suami..support💪🏻

“Bgus kak nissa ni.. Seorang selalu memikirkan perkara positif.. Semoga dimurahkan rezeki akak nissaa n team..”

Video yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)