Noorkartini Rasai Perasaan Luar Biasa Ketika Hamilkan Neelofa

Ibu pengacara terkenal Neelofa iaitu Noorkartini berkongsi luahan perasaan indahnya sewaktu dia mengandungkan anak kesayangannya itu.

Menerusi, perkongsian di Instagramnya, Noorkartini menulis dia berasakan sesuatu yang luarbiasa sepanjang tempoh kehamilannya.

‘Ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa. Perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu, wahai anak ku.

“Kau tetap anak kecil di mata ku, yang tak jemu aku membelai dan mencium mu, kau lah cinta hatiku @neelofa,” tulisnya berserta emoji hati.

Menerusi hantaran pada kapsyen foto dimuat naiknya sekitar 14 jam lalu, ia menerima lebih 83,000 tanda suka daripada pengikutnya dengan lebih 1,300 komen.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Noorkartini dan berasakan luahannya itu lahir daripada ketulusan hati seorang ibu yang sangat menyayangi anak perempuannya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Neelofa dikata sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

Noorkartini yang membuat perkongsian di Instagramnya umpama menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya itu dan PU Riz.

“Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya,” tulisnya.

Noorkartini juga berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak perempuan kesayangannya itu.