[VIDEO] Rushing Pergi Kerja Awal Pagi, Nurse Terpaksa Siapkan Anak Dalam Kereta Buat Netizen Tersentuh

Setiap wanita yang bergelar ibu pastinya akan sedaya upaya untuk menjadi ibu terbaik buat anak-anaknya.

Tidak kira samada mereka bekerjaya ataupun surirumah, seawal pagi hingga larut malam mereka akan berusaha menyediakan segala keperluan anak-anak.

Seawal 5 pagi ibu bangun menyiapkan segala keperluan harian

Seorang ibu akan bangun seawal 5 pagi menyediakan makanan yang sentiasa terhidang di atas meja walaupun kadang-kala mereka sentiasa tidak sempat menikmati makanan yang dimasak oleh mereka.

Dek kerana kekangan waktu dan masa, bagi ibu yang bekerjaya mereka harus bekorban dan pandai membahagikan masa supaya anak-anak mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya.

Demi kasih sayang seorang ibu ikhlas berkorban

Ada yang terkejar-kejar ke tempat kerja, ada yang telah memasak pelbagai lauk ketika hujung minggu bagi memudahkan anak-anak yang ditinggalkan ketika ibu keluar bekerja.

Demi kasih dan sayang yang tidak terhingga kepada anak-anak rutin yang dilalui oleh mereka dilakukan dengan iklas demi mencari mencari rezeki dan membesarkan anak-anak.

Begitulah juga dengan kisah seorang frontliner ini yang berkongsi momennya menyiapkan anak ke sekolah seawal pagi sebelum memulakan tugas.

Si kecil siap beruniform sekolah tertidur di pangkuan ibu

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang ibu bernama Nurul di aplikasi TikTok telah mencuri tumpuan ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan anak kecil ini telah siap memakai uniform sekolah tertidur di dalam kereta seawal pagi dan keadaan diluar masih lagi gelap.

Difahamkan, ibu ini terpaksa mengejut anaknya lebih awal untuk dihantar ke sekolah sebelum ke tempat kerja sejauh 30 kilometer dari rumahnya.

Demi tugas pada masyarakat dan negara

Ibu tersebut dan juga anaknya sudah lengkap beruniform sekolah dan ibunya juga turut memakai uniform kerja memulakan rutin harian mereka.

Demi tugas pada negara, ibu ini yang lengkap beruniform jururawat terpaksa menyiapkan anaknya walaupun anak kecil ini masih tidur di pangkuannya.

Ibu ini tenang menyisir rambut anaknya yang masih terlena

Ibu ini dengan tenang turut menyisir rambut anaknya dan memakaikan anak kecil ini stokin walaupun anak kecil ini masih tidur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai cabaran yang dilalui oleh ibu dan anak ini menempuhi hari-hari mereka.

@uyunisa32stp hari cmni laa. rushing nk kj..so akan siapkan ank dlm keta..anak pn terpaksa bgn awal.jarak umh ke tmpt kj +-30km.semoga urusan kita dipermudahkan♬ original sound – ᴀʟᴀɴ ʟᴜʙɪᴤ

Semoga semua ibu diberikan semangat dan kekuatan

Mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing dan menitipkan semangat supaya semua ibu di luar sana diberikan kekuatan dalam membesarkan anak-anak.

Ada diantara mereka yang turut kagum dengan apa yang dilalui oleh wanita yang berdepan situasi yang sama untuk membesarkan anak-anak.

@uyunisa32A-Z..dukung pegi mandi.pakaikan baju.stokin..kasut..sume Mami buat utk awak syg.so blaja rjn2 ekk..Mami doakan adik jd insan berguna n berjaya..amin..♬ original sound – Dalia – dalia

Perkongsian video di aplikasi TikTok ini telah meraih hampir 120,000 tontonan sejak video ini dimuat naik.

Sumber: YOY Network