“Orang dah lambat nak kerja,” Oyen Selamba Buat ‘Slow Mo’ Tengah Jalan Buat Ramai Terhibur

Ada sejenis kucing yang menjadi favourite orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana si bulus ini kelihatan sangat sedih mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nurbila2, kelihatan seekor kucing sedang berjalan namun apa yang menarik perhatian adalah kucing tersebut berjalan dalam keadaan ‘slowmo’.

Bukan itu sahaja malah video tersebut tetap dimuat naik dengan ‘trend’ di TikTok dimana mengatakan kucing tersebut tetap berjalan-jalan walaupun sedang kecewa.

Dapat juga kitalihat wanita ini terpaksa memberhentikan kenderaan dan menunggu kucing tersebut melintas jalan itu pada pukul 7 pagi.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@nurbilla2 its 7am & i have a slowmo cat #catsoftiktok #slowmo #cat #fyp #fypシ ♬ suara asli – Sekar🦋🧚🏻‍♀️

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 312.9K tontonan, 69.3K tanda suka, 1849 komen dan 1403 perkongsian di appliakasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kucing tersebut yang selamba buat slow mo di tengah-tengah jalan malah ada yang berseloroh mengatakan jika wanita tersebut lambat ke kerja, dia boleh memberi alasan bahawa ada oyen buat hal.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengambil perkara tersebut daripada sudut yang positif dimana mungkin kucing tersebut merupakan perantaraan dimana ianya boleh menjadi salah satu asbab kita terlepas daripada perkara yang buruk.

Berikut merupakan komen warga maya: