“Orang Kelantan kalis banjir” Gelagat Lelaki Santai Makan Nasi Bungkus Walau Air Paras Dada Raih Perhatian Netizen

Seperti yang kita tahu, segelintir kawasan di pantai timur dinaiki air banjir oleh kerana cuaca yang tidak menentu pada masa kini bahkan ada juga yang terkandas tidak dapat pulang ke ibu kota.
Iospital phone repair gombak
Di Kelantan, keadaan banjir semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 9,214 orang pada Isnin.

Angka itu melibatkan 2,724 keluarga yang di tempatkan di 82 PPS seluruh negeri.

Ramai dikalangan penduduk yang berhempas pulas menyelamatkan barangan berharga dan dokumen penting malah mengalihkan perabot elektrik seperti TV, peti sejuk dan mesin basuh ke tempat lebih tinggi.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang mangsa banjir santai menjamah nasi bungkus atau nasi berlauk walau sudah terselam separuh badan.


Meskipun paras air telah berada di tahap bahaya namun perut juga perlu diisi demi mendapatkan tenaga agar dapat menguruskan hal lain.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen memberikan pendapat masing-masing dan rata-rata daripada mereka simpati melihat nasib mangsa banjir.

“Nampak macam best je kan main air tapi hakikatnya letih hadap banjir. Nak-nak yang setahun sampai 2 hingga 4 kali banjir. Semoga dipermudahkan urusan awak,”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat mendoakan agar urusan pemuda tersebut dipermudahkan malah tidak kurang juga dengan warga maya yang meninggalkan komen lucu.

Antara komen warga maya:

“Orang kelantan orang kata kalis dah dengan banjir ni..”

“Makan, pastu boleh kencing terus, tak payah pi toilet”

“Nasi kuah banjir”

“Saya pula yang takut.. takut tengah makan ada ular lalu.. semoga dipermudahkan urusan tuan ya..”

“Bang, nasi tercicir tu.. kang ikan berebut nak makan…”

“Bestnya kat rumah ada waterpark”

“Tenang sungguh brader”

“Rumah haritu banjir paras buku lali pun akak dah sejuk2 dik”

“Takut nak duduk dalam air tinggi macam tu.. risau benda2 dalam air..”


Video yang tular di laman TikTok:

@zulaikhaameer75 #banjir ♬ original sound – zzack🍁