“Orang nak balik, dia sibuk..” Isteri Sanggup Teman Buat Grab Walau Dalam Hujan, Rider Luah Rasa Syukur

Mencari pasangan yang susah senang bersama bukan lah satu perkara yang mudah. Apatah lagi pada masa kini ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu barulah memilih hati budi sebagai kriteria seterusnya.
Iospital phone repair gombak
Hal demikian kerana ramai yang inginkan hidup selesa pada masa akan datang dan tidak mahu berdepan dengan apa-apa risiko.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dilihat setia menemani suaminya mencari rezeki walaupun dalam hujan telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ejal.co, dia mengakui berasa terharu dengan pengorbanan isterinya.


Difahamkan, lelaki itu sanggup melakukan pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan untuk GrabFood selepas waktu kerja demi mencari rezeki yang lebih buat keluarga.

Mungkin kerana tidak sanggup melihat suaminya bekerja seorang diri, wanita ini mengambil keputusan untuk turut menemaninya melakukan kerja itu.


Apa yang membuatkan lelaki ini terharu adalah, isterinya itu menemaninya dari pukul 6 petang hingga 10 malam dan isterinya tetap berdegil mahu menunggu pesanan dari pelanggan walaupun dia sudah nekad mahu pulang dan berehat.

“Ini orang kata perempuan satu dalam sejuta.”, katanya bila melihat kesungguhan isterinya untuk temaninya dalam kesusahan.

Meninjau di ruangankomen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap wanita tersebut yang menjadi penguat semangat suaminya untuk mencari rezeki malah ada yang menasihati agar lelaki tersebut tidak mensia-siakan si isteri yang sanggup susah senang bersamanya.

“Hargai dia tau, terima dia seadanya juga.”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar satu hari nanti semua orang akan dipertemukan dengan seseorang yang setia menemani saat jatuh dan bangun.

Antara komen warga maya:

“Hargai dia tau, terima dia seadanya juga”

“Luck bro, nanti dah berjaya jangan lupa dia bro”

“Hargai dia bang.. sebab saya pernah duduk di tempat pasangan abang sanggup susah senang, hujan pun sanggup.. last2 kantoi dia ada orang lain..”

“Tahniah bang, susah nak cari perempuan macam ni”

“Limited bang dia, jaga elok-elok bang!”


Video yang tular di laman TikTok:

@ejal.co Basah2 pon tetap nak on jugak , dia wanita (isteri) yang hebat 😭🤍 #fyp #xyzcba #fypシ ♬ original sound – Cik_xii